Pages

Tuesday, November 16, 2010

~saat paling jauh dr keluarga~ =(

huhuhu,
first time timba pengalman ry jauh dr family,
nk rs sgt kan,
tp boleyh thn la,
xde la rs berat sgt,,
da rs cam biasa je,
xde la trasa begitu berat nk ry tnpa fmly,
xsgka kuat jgk ht ni,
tp rindu jgk dkt ayahanda tercinta,dak mnja eisya n adeq y nakal ishak,
huurrmm..
i'm sorry my adeq2,,
achik xbalik bkn sgja,,
ok,,
bersebab,,
exam pun xstart lg,
jd achik hbskn ms di cni jela,
jgn lak ingat achik berseronok aje kt cni,
hehehe,,
da rs mcm xpcya y orked da bsr,dws n punya hdup sndri,
perlu trm hakikat kita perlu mlgkah satu persatu tahap khdupn,
dr kck,kank2,rmj,skrg dws,
xsdr umur da nk hmpir 22 thun,,
huhuhu,
da dikira wajib merancang kehiduan ms dpn dgn bijak dah,
kena fkir mcm2 tntg ms depan ni,,
grad,keje,kawen,suami,anak2,rmh tga,hari tua,
semua tu perlu prncgn dr skrg,,
da tiba waktu tbaek mula mrncg sgalanya,
ad ketika kita perlu fkir ms dpn hidup kita sndri suatu hr nnty,,
adatlah khdpn,
xde sape boleh halang atau sekat pjalann hdup kita,
kita y tentukan ape y patut kita fkirkan,
insya allah segalanya akan berjlan seperti yang drncg,, amiiinnn..... =)

Tuesday, November 9, 2010

~nyummy,nyummy,nyummy~

*nAsI gOrEng bErIAnI dAn mUshr0om*

bahan2nya:
  1. bawang merah 6 biji[tp td orked guna bawang besar separuh y bsr tuu bwg merah xde,hbs]
  2. bawang putih 5 biji
  3. cili padi 8 biji
  4. mushr0om mashmellow kering
  5. perencah nasi goreng beriani
  6. telur 2 biji
cara2 penyediaannya:
  • kupas bwg2 td,bersihkan bwg,cili
  • rendam mushroom dgn aer panas
  • tumbuk@blender bwg2 td bersama cili padi tadi
  • pnskn kuali then goreng hancur 2 biji telur td
  • selesai goreng telurnya angkat dan ketepikan dahulu 
  • then pnskan myk again n msk rencah yang ditumbuk@blender td
  • msukkan grm n gula sckup rs
  • setelah naek bau n msk rencahnya masukkan nasi
  • after that msukkan jgk muhsro0m y drendam dgn aer pns td n dsusuli telur y dgoreng hncur td
  • gaul sebati semua nya
  • then setelah sebati masukkan perencah nasi goreng beriani 
  • kacau hgga sebati
  • thennn............ SIAP!! 
HAVE FUN ENJOYING MY NASI GORENG!! tteeehheee~~ =)
*
*
*
tuuu,tuuu gelang 0rked.. oop kozz aa orked y masak dengan bantuan n kerjsama r0omate orked d cc.. thanx syg!! ehh lpa nk gtau fara nam dy.. kredit t0 u cz together wif me kayh dear! =)
*
*
*
emmm nyummy2..... proses mengacau diteruskan lg.. heeeeeeeeeee =)
*
*
*

 haaa tarraaa!! nasi goreng siap untuk dinikmati bersama! =)

*
*
*
sape2 mau tahu cuba lah resepi 0rked ni,, kitorang bukan ape kelaparan melayan hujan kt kolej ni,, so masak la,, hehehehex.. enjoy it wif my r0omate! luv u fara!






Monday, November 8, 2010

~8C Sebab lelaki Benci wanita~+__+

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sikap lelaki @ suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
*
*
*
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…  
*
*
*
 C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
*
*
*
C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
*
*
*
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
*
*
*
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…

*
*
*
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
*
*
*
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
*
*
*
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

~~~~~~*****~~~~~~ 
~~~~~~*****~~~~~~


nota : bahan rujukan dato' haji fadhilah kamsah.. =)

*..30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..*

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-) 





Sunday, November 7, 2010

~20 perkara wanita jadi benci pada lelaki~



*
*
*
*

1. MENINGGIKAN SUARA
 >> Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
~~~**~~~
2. MAIN KAYU TIGA
 >> Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
~~~**~~~
3. SUKA ‘CUCI MATA’
 >> Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
~~~**~~~
4. MENGONGKONG
 >> Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
~~~**~~~
5. EGO
>> Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
~~~**~~~
6. MENIPU
>> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
~~~**~~~
7. PERASAN
>> Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
~~~**~~~
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
>> Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
~~~**~~~
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
>> Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
~~~**~~~
10. CEMBURU BUTA
>> Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
~~~**~~~
11. MATA DUITAN
>> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
~~~**~~~
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
>> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
~~~**~~~
13. PANAS BARAN
>> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
~~~**~~~
14. KAKI MEROKOK
>> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
~~~**~~~
15. PENGOTOR
>> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
~~~**~~~
16. GELOJOH
>> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
~~~**~~~
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
>> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
~~~**~~~
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
>> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
~~~**~~~
19. PUTAR BELIT
>> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
~~~**~~~
20. SUKA KONTROL MACHO
>>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

>>>>>>>>>>>>>>>>*****<<<<<<<<<<<<<<<<

sughat oghe kelate begewe,,kahkahkah lagu ni dih?? hikhik=)

~~~~*****~~~~
~~~~~*****~~~~~
*
*
*
*
nota lutut : cmni la jdnyer bila org kelantan tulis surat cinta... sekian semoga terenjoy.. =)
p/s:senget kan kpla anda bila bc,, memg sy0okk ahh,,, >"__"<





kemalangan paling ngeri-karangan UPSR 2007 ^___^

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


ni adlh krngn upsr 2007 seorg bdk sekolah rendah,ye la nma lg upsr sek rndh la kan,, hahaha memg bc ni tgh serbut lupa kejap mslh,, selamat mengenjoykan diri,,
nota lutut : jgn tensen sgt walaupn tgh final,, c0ol babe! =) 

Saturday, November 6, 2010

~bila rindu arwah MAMI ingat semua ni....~ ='(

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
*
*
*
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
*
*
*
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
*
*
*
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
*
*
*
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
tapi,,,,, mak saya da xde didunia ni.. mcm mane??? ='(

**ayat2 p0wer selepas kawen**

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.


Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??




p/s: betul ke cmni?? (*_*)

**Contoh surat untuk diberikan kepada mak ayah bagi yang nak nikah awal.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…


Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.


Ane pun tak berapa jelas mengapa ane nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ane tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ane selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ane tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.


Dipendekkan cerita, ane sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ane cakap macam nie. Ane bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ane nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ane akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.


Kadang-kala, ane rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.


Ane bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ane nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:


“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)


Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.


Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.


Di universiti ane, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.


Mengenai calon, ane takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ane green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ane lebih suka calon tu ane yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ane.


Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ane akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada suami yang ane nikahi nanti. Seperti yang ane katakan awal-awal tadi, ane nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ane belajar, dan kemungkinan juga dak laki tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ane akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ane telefon dia, ane dapat pahala, ane rindu kat dia, ane dapat pahala, ane bagi hadiah kat dia, ane dapat pahala malahan kalau ane keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ane nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…


Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ane masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ane akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib dy bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk memberi RM 50 sebulan, maka dy akan bagi ane sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ane nak nikah, ane akan jelaskan hal ini kepada bakal suami ane. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ane tangguh dulu. Apa-apa pun, ane tegaskan sekali lagi, ane nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.


Ane tengok semua abang ane nikah awal dalam umur 22 tahun. Ane cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ane tua nanti, ane tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ane nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ane juga harap, anak-anak ane nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.


Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ane tak nak ane akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.


Ane sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ane dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ane tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ane ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.


Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ane nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ane, kalau ane membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ane pun seorang wanita yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ane membicarakan hal nikah ni ketika mana ane baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ane dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ane ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ane tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ane katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.


Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ane ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ane akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan inikan pula ane anak perempuan memg perlu beritahu mak ayah dulu. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti dan oleh sebab itulah ane minta izin ni...


Akhirul kalam, doakan ane di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.



Puterimu,

ANE.. =)




Friday, November 5, 2010

..ErtI sEbuAh rInDu.... =(

rindu...

bukan senang untuk sekeping hati menrima kerinduan,,

makin disimpan rindu itu makin kuat...

namun rindu pd y telah pergi dari dunia ini bukan semudah y dsangka,,

ubatnyer tiada didunia ini,,

tempatnya tiada galang ganti,,

rela,,

satu ungkapan y hadir setelah kita sedar rindu itu terpaksa dihadapi jua,,

begitulah sebuah kehidupan yang dilalui setiap insan,,,

tabah,redha,pasrah,,

jalan terbaek u sebuah kerinduan...





nota : post ni didekasi buat ibu tercinta yang telah 5 tahun kembali rahmatullah,, semoga rohnya dirahmati ALLAH s.w.t.. =(


~lelaki ucap maaf buat jantung wanita sehat???~

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.



Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.


Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. 



nota lutut : ni note orked paste dr org lain punya page,dy suh sebarkan 
so orked sebarkn lah,, hehe bkn ape orked suke note ni,, untuk
tatapan sendri ,org tsyg n semua member2 orked ok! =)

Thursday, November 4, 2010

*mood xtentu??? kenape??*

>>>haaiisshh.... xtahu la marah seseorg n maen sdp ikot mo0d sndri,, adei~ =( maaf sgt2 ye awkk... sy tgh blur.. :/ terasa hati dgn perkataan "mane la tahu kot nk jd kawan dy.." nampk mcm u 0ls still bhubung dgn baeknyer jee.. =( tetibe touching lak,, ades! =0 eemmmpphhh ape pun hati ni tetibe trs ht la,, knp??? sudah2!!! duhai haty kepunyaan orked plzzz aaa jgn trs pd hal kecik.. [monolog dalaman..hikhikhik] biasa la tuu masing2 ad kngn silam kan?? masing2 ad kisah masing2,, same2 mhormati y tbaek,, huhuhuhu [aytt mnyedapkn prsaan sndri.. =(..]<<< 


Wednesday, November 3, 2010

JAMUAN AKHIR 
KELAB PEMBANGUNAN WANITA 3B..
 jamuan terakhir antara kami untuk sem  ni,
memang best sgt ye lah,, almaklumlah makan je no learning n teaching proses..
ape lagi kami ngaaapp!! 
hahahaha =)
tp,, memang happening aahh,,
puan,, lau jamuan sepanjang tahun xleyh ke??
xpayah la kls..
hehehehe =) jom2 lihat gambar seterusnya y kami sempat snap sbgai kenangan bersma..
[~_^]v
hahahaha..=)
ni la kawan2ku ku hasmida n mylovely scandal shedah~~
hehehe "scandal???"
ye la cz dy la kesygn sy d sni,,,,setiap masalah kami kongsi sme2,,,
kami kawan dr sekolah lg,,,
jdoh dapt uum sme2,,,ape lagi berkepit lah sepanjang hdup kami berdua..=)
ms jamuan ni keje kitorg snap pic je,,belambak penuh memory fon,, huhuhu =P
jgn jeles!!

ni gambar kami berdua....hehehe..
o0o0pppzzz spect tsengetla plak,,lpa nk betolkan dlu,,,
xpe la.. lexx aa,,, br ad style kan??!! 

haaa,,y kt tepi tuu pn group kitorg gak,, nm dy nur fatin... senyum fatin jgn xsenyum..
hikhikhik =)

o0o0pzz..wweeee~~ P.E.A.C.E =)
ni sape lak ni?? hahaha ni orked lah,,, nk gtau ni spect tuu orked pnjm shedah punyer cz ms hr kjdian orked xbw spect orked,,
xthan pnjm shedah punyer.. heheheehe anway TQ babeh!!!
alaaa..kitorg da ready tbe2 mata fatin masuk habuk lak,,, huhuhu sabo ea fatin.. =(

....cik aten & cik dah.... <3


ni laaa group kami,,, kami be4 okayh!!! oyyeeaahh!!
hahahahahaha=)
dr kiri cik aten,cik dah,cik orked,cik mida
nama group kami dlm kls ni "THE HOT BABIES GROUP".....
APEE??? xckup HOOTTT??!!!
ni y wt kami hot  ni,,, kami da ckup hot okayh!
hehehehe biaselahh wanita2 melayu terakhir ni....hehehee =)



ni cik orked & cik mida hehehehe =)
manje kan kitorg berdua..sj bg someone jeles,, hahahaha

~LOVE BETWEEN US NEVER BE SEPARATELY!!~


sekian dulu dari kami "THE HOT BABIES GROUP!"