Pages

Wednesday, May 4, 2011

~tetiBer riNdu mau mAkan sAmbaL s0tonG dEngan naSi putiH bErasAp mAsakaN arwAh mAmi~!!❤

assalamualaikumm..~

peerrgghh~!!!
bezz k0t klau dpt rs lg mskan arwah mami sy..
hukhukhuk
masakan dy smpai skrg msih tersa di deria rs sy ni haa..
huhuhuhu
"di mana kan ku cari ganti,serupa denganmu~!!"
ecececece
nyanyi la pulak~!
seyez babe!
sy mau mkn itu..
aduhh..
mau nanges pun ade
mane nak cri y kaww mcm arwah punya air tgn
sy hnya akn bpuas ht dgn mskn sy sndri kalau xdpt mskn arwah
[bkan perasan okep! memang itu kpkran sy!]
huhuhu
tapi seyezz masakn arwah mami sy kaww giler babe~!!!
hhhuuuwwwaaa~!!!!
sgt sedeyh oke saat mlht kamu semua dpt rs mskn ibu bila balik cuti dr ipta/s msing2
sy dh xdpt rs semua tu
malah kepulangan sy dnantykn oleh adeq2 sy untk mrsa mskn sy
dorg akn order mcm2 ape y dorg nak mkn spya sy msak,,
kesian bukan dgn adeq2 sy
but jgn esau my adeq2 achik msk ape sj untk korg ekhh~!
knp dorg ttgu kplngn sy??
op c0z ahh untk mrsa aer tgn sy
jrg2 jer dorg ley mkn bez2
s0 kena la d0rg tgu sy balik
dan mnx mcm2~!!
hahahahaha
my sibling sgt happy bila makan,makan,makan!!
hahahaha
same as me~!
huhuhu
tetibe pagi buta cmni rindu msakan arwah mami sy~!!!

sedapkan...?? huhuhu dihidangkan seperti dibawah ni haa..

peerrgghh~!!! bez oke~!!! =(

hhuuuwwaaa...
oke then that'z oL~!
bye,tQ~!
 by me CIK ORKED~!!

Monday, May 2, 2011

~risiko pegnant kembar dan info kembar~❤!!

Ketahui Risiko Kandungan Kembar
SESETENGAH ibu mungkin akan terkejut dan rasa kurang percaya apabila doktor mengatakan kandungan mereka kembar.

Mungkin ramai ibu suka dan amat berharap dikurniakan kandungan kembar. Mereka ini mungkin berpendapat bahawa hanya dengan sekali mengandung tetapi dapat melahirkan dua orang cahaya mata.

Walau apa pun pendapat dan tanggapan mereka, bagi doktor semua kandungan kembar adalah kandungan yang berisiko tinggi.

Kandungan kembar boleh membawa kepada banyak komplikasi. Secara umumnya lebih banyak janin yang dikandung seperti kembar empat atau kembar lapan, maka lebih tinggi kematian dan morbiditi terhadap bayi dan ibu.

Kadar kandungan kembar di kalangan penduduk kulit hitam adalah lebih tinggi berbanding penduduk kulit putih dan orang Asia.

Secara kasar insiden kembar di kalangan wanita kulit putih adalah 1 dalam 100 kelahiran, wanita kulit hitam pula, 1 dalam 79 kelahiran dan wanita Asia 1 dalam 155 kelahiran.

Dengan adanya mesin ultrasound, kandungan kembar dapat dikesan pada peringkat awal. Selain itu maklumat lain seperti bilangan kembar, jenis kembar, kandungan air mentuban dan kedudukan uri dapat diketahui secara terperinci.

Kecacatan kongenital juga dapat dikesan dengan terperinci menggunakan mesin ultrasound.

Ini membolehkan pengendalian kes kembar dibuat dengan lebih baik dan teratur.

Salah satu faktor yang menyebabkan kadar kembar semakin tinggi kini ialah penggunaan ubat-ubatan untuk rawatan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ini termasuklah pengambilan pil subur (clomiphene citrate) iaitu rawatan yang sering digunakan untuk merangsang pengeluaran ova (telur) dari kilang telur atau ovari.

Jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada waktu subur kandungan kembar mungkin akan terjadi. Penggunaan teknik canggih seperti IVF serta penggunaan suntikan (gonnadotrophin) untuk ovulasi juga boleh mengakibatkan kadar kandungan kembar yang tinggi.

Kandungan kembar boleh dibahagikan kepada dua jenis.

Kembar seiras (Identical twin atau monozygotic twin)

Ia melibatkan belahan (division) pada hanya satu ova yang telah disenyawakan kepada dua embrio. Waktu berlakunya belahan tersebut adalah sangat penting kerana ia boleh menentukan sama ada kandungan kembar itu berkongsi satu uri atau mempunyai uri masing-masing.

Jenis-jenis kembar seiras adalah seperti:


a) Diamniotic dichorionic monozygotic twin

Ia terjadi apabila belahan berlaku dalam masa 72 jam selepas persenyawaan.

Jenis kembar ini mempunyai uri dan sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar ini adalah 30 peratus.

Kematian kandungan kembar ini adalah paling rendah sekali iaitu 9 peratus berbanding jenis kembar yang lain.


b) Diamniotic monochorionic twin

Ia terjadi jika belahan berlaku dalam masa empat hingga lapan hari selepas persenyawaan.

Kembar jenis ini berkongsi satu uri tetapi mempunyai dua sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar jenis ini adalah paling tinggi iaitu 68 peratus. Kematiannya pula adalah sebanyak 25 peratus.


c) Monozygotic monochorionic twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi pada hari kelapan atau lebih. Insiden kembar jenis ini cuma dua peratus sahaja.

Ia mencatatkan kematian yang tertinggi iaitu 50 peratus.

Kematian janin biasanya berlaku apabila tali pusat berbelit atau akibat daripada twin transfusion.


d) Conjoined twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi selepas pembentukan disc embrio. Insiden kembar sebegini cuma satu dalam 60,000 kelahiran.


e) Kembar tidak seiras (Fraternal twin atau dizygotic twin)

Ia melibatkan persenyawaan dua ova yang berlainan. Persenyawaan boleh berlaku pada kitaran haid yang sama atau kitaran haid yang berlainan. Kembar ini boleh mempunyai jantina yang berlainan dan uri yang berasingan.


Masalah-masalah atau risiko-risiko yang sering dikaitkan dengan kandungan kembar adalah seperti di bawah:

* Kelahiran pramatang (Premature delivery).

Hampir 50 peratus daripada kembar dilahirkan dengan berat badan yang rendah dan antara 22 dan 54 peratus adalah pramatang.




Faktor pramatang inilah menjadi penyebab utama mortaliti dan morbiditi dalam kandungan kembar.

* Pertumbuhan janin yang terencat (intrauterine growth retardation). Pembesaran yang tidak simetri boleh berlaku dalam kadar 15 peratus hingga 30 peratus. Ia berlaku akibat bekalan darah yang terganggu terutama jika janin berkongsi uri. Ini sering terjadi di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kematian perinatal (perinatal mortality). Ia boleh terjadi dalam anggaran 10-15 peratus iaitu lebih kurang 3-11 kali lebih kerap berbanding dengan kandungan single. Kematian ini adalah berpunca daripada pramatang, kecacatan kongenital, twin transfusion syndrome dan trauma kelahiran.

* Keguguran (abortion). Masalah ini boleh terjadi dua kali lebih kerap di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.


* Kecacatan kongenital (congenital malformation). Ia dikatakan dua kali lebih kerap terjadi di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single. Masalah ini adalah lebih kerap dilihat pada pasangan monozygotic.

* Darah tinggi semasa mengandung (pregnancy induced hypertension) dikatakan sering terjadi antara tiga hingga lima kali ganda lebih pada kandungan kembar.

* Anaemia yang disebabkan kekurangan zat besi adalah jauh lebih kerap terjadi pada kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kandungan mentuban yang banyak (polyhydramnios). Ini juga adalah satu masalah yang sering terjadi pada kandungan kembar terutama sekali di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kedudukan bayi yang normal (malposition). Jika kedudukan bayi itu melintang atau menyongsang, kelahiran secara pembedahan Caesarean harus dilakukan. Ada kalanya pembedahan Caesarean juga dilakukan untuk kelahiran kembar kedua jika menghadapi masalah.

* Birth asphyxia atau neonatal depression. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan pramatang ataupun masalah-masalah yang timbul sewaktu kelahiran.

* Placenta previa (kedudukan uri bawah) juga dikatakan sering terjadi pada kandungan kembar.

* Uri lekang (abruptio placenta). Masalah ini ada kalanya dilihat selepas kelahiran kembar yang pertama. Ini dikatakan terjadi disebabkan oleh decompression secara mendadak pada rahim.

Di sebabkan komplikasi-komplikasi inilah maka kandungan kembar dikategorikan sebagai kandungan yang berisiko tinggi. Oleh itu kandungan kembar memerlukan penjagaan antenatal yang lebih teliti dan lebih kerap.

Komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul bukan hanya di peringkat antenatal malah sewaktu bersalin dan juga selepas bersalin.







Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya kehamilan kembar:


*Faktor keturunan. Keluarga sebelah ibu.


*Bilangan kandungan terdahulu. Lebih ramai anak lebih tinggi kemungkinan mengalami kehamilan kembar.


*Umur yang agak lanjut ketika pertama kali hamil.


*Rawatan kesuburan. Ubat subur menyebabkan pengeluaran telur (ovum) lebih daripada satu dan kaedah pemindahan lebih daripada satu embrio ke dalam rahim semasa proses permanian berhadas (in vitro fertilization/IVF).



Tanda-tanda kehamilan kembar

Ia berbeza antara seorang ibu yang hamil kembar dengan seorang yang lain. Ada wanita yang hamil kembar, tetapi tidak mengalami langsung gejala kehamilan yang teruk.



*Loya dan muntah-muntah yang teruk disebabkan oleh kepekatan hormone HCG yang tinggi di dalam darah.


*Peningkatan berat badan mendadak pada trimester pertama (tiga bulan pertama). Ini berlaku akibat peningkatan isipadu darah dan peningkatan berat rahim yang berganda berbanding kehamilan biasa.


*Ibu hamil kembar merasai pergerakan bayi yang sangat banyak.


*Mengalami rasa letih yang keterlaluan akibat penggunaan tenaga dan kalori yang berganda.


*Saiz rahim lebih besar dari umur kandungan.


DI BAWAH ADALAH CONTOH GAMBAR CARA MENYUSUKAN KEMBAR..





Sebahagian kecil wanita memang bernasib baik apabila mereka disahkan mengandung, tetapi adalah lebih menggembirakan pasangan apabila kandungan itu kembar pula.

Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tidak siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Tegasnya seseorang tidak berupaya melakukan apa-apa usaha untuk menjadikan kehamilannya kembar walaupun dia benar-benar menginginkannya. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesuatu keluarga. Dalam hal-hal lain, ia ada kaitan dengan keturunan bagi menentukan kejadian kehamilan kembar ini.




Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur ´clomiphene´ iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka ialah lebih kurang empat hingga lima peratus. Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar ´gonadotrophin´ kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus. Ubat pil penyubur ´clomiphene´ dan suntikan ´gonadtrophin´ ini kerap digunakan oleh doktor pakar di klinik pakar mandul dan klinik pakar ginaekologi.

Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid.

Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo akan terbentuk. Jika dua benih perempuan yang dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.

Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri.

Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada keduanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Manakala pasangan kembar yang dihasilkan dari dua telur ataukembar tidak seiras (non-identical twin) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama. Dalam kembar yang sama biasanya satu uri sahaja yang dihasilkan dan uri ini digunakan bersama oleh kedua-dua bayi ketika dalam kandungan. Manakala dalam pasangan kembar yang tidak sama uri biasanya ada dua, satu bagi setiap bayi.

Kembar seiras (Identical twin) dari satu embryo kebanyakan menjadi dua insan (lengkap) sama rupa, jantina, dan lain-lain.

Kembar siam juga adalah hasil dari kejadian kembar seiras tetapi menghadapi masalah pembandingan anggota kepada dua daripada satu embryo. Dengan ini kedua jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi sebahagian daripada anggota mereka ini akan berganding atau terbendung.

Bahagian anggota yang mungkin terbendung ini berbeza antara satu pasangan kembar siam dengan yang lainnya. Ada yang berbendung di bahagian dadanya dengan berkongsi satu jantung, ada pula yang berbendung di bahagian abdomen iaitu berkongsi satu tali perut sahaja.

Pembedahan untuk memisahkan kembar siam, biasanya hanya dilakukan pada kes yang berganding pada bahagian yang kurang penting seperti bahu atau punggung. Gandingan anggota penting seperti jantung, tali usus atau otak tidak boleh dibedah. Pernah juga tercatat dalam sejarah kembar siam ini terus hidup hingga ke akhir hayat. Mereka berbendung di bahagian tubuh. Kedua kembar ini mempunyai perwatakan yang amat berlainan dan setiap seorang mempunyai isteri dan keluarga sendiri. Mereka bergilir-gilir menjalankan tugas masing-masing. Akhirnya apabila seorang mati, kembar yang kedua juga mati.

Tidak dinafikan, melahirkan anak kembar adalah satu peristiwa yang sangat menggembirakan setiap ibu bapa. Kejadian ini boleh dianggap satu rahmat Tuhan kerana dikurniakan dua atau tiga orang anak sekaligus dalam satu kehamilan saja. Walaupun demikian, pada keseluruhannya kehamilan dan kelahiran hanya menghasilkan satu bayi sahaja. Beberapa masalah memanglah tidak boleh dielakkan apabila si ibu perlu menampung dua jasad dalam kandungannya. Ini bermakna perutnya menjadi lebih berat dan beban fizikalnya juga bertambah untuk membawa isi kandungannya ke sana ke mari.

Ibu tersebut perlu menampung dengan lebih banyak lagi bekalan makanan yang berzat kepada bayi yang dikandungnya khususnya zat besi untuk membina darah dan vitamin asid folik. Dia juga perlu menambah mutu makanannya bagi tujuan itu. Pil zat besi dan asid folik mesti dan wajib dimakan oleh setiap ibu yang sedang mengalami kehamilan kembar. Jika tidak, ibu akan mengalami kekurangan darah kerana zat besi dan zat asid folik dalam tubuhnya akan diambil oleh bayi dalam kandungan untuk membina darahnya sendiri. Masalah kekurangan darah jika dibiarkan akan membahayakan serta mengancam nyawa ibu ketika kelahiran bayi kembar ini berlaku. Kejadian tumpah darah selepas bersalin lebih kerap berlaku di kalangan kembar berbanding dengan kelahiran tunggal.

Keadaan ini disebabkan oleh otot rahim menjadi kendur kerana rahim menjadi terlalu kembang untuk memuatkan dua jasad. Begitu juga dengan luka di tempat uri itu melekat pada rahim.

Tempat ini biasanya berdarah sejurus selepas bayi dilahirkan dan selepas uri itu dikeluarkan. Seperti yang saya tegaskan kejadian tumpah darah selepas bersalin adalah satu sebab utama kematian ibu di Malaysia.

Ibu yang sedang hamil kembar juga mungkin mengalami beberapa gejala lain seperti tekanan darahnya naik atau ´hypertension´.Biasanya, ini disertai dengan bengkak kaki dan ´kencing kotor´ iaitu air kencing mengandungi protein. Rangkaian tiga tanda ini kerap berlaku ketika hamil, terutamanya kehamilan kembar. Penyakit ini biasanya digelar toxaemia dan ia boleh melarat menjadi sangat serius sehingga menyebabkan sawan atau ´eclamptic fits´.

Sawan adalah satu keadaan yang amat mencemaskan kerana ia boleh meragut nyawa seseorang ibu. Oleh itu penting bagi semua ibu mendapat jagaan yang sewajarnya ketika hamil dengan melakukan pemeriksaan di klinik untuk menentukan tekanan darah, air kencing, timbang berat dan keadaan bayi yang dikandungnya. Ini bertujuan untuk menjauhkan segala gejala dan bencana yang mungkin menimpa ibu hamil, khususnya ibu yang sedang hamil kembar.

Ibu yang hamil kembar juga sering menghadapi risiko kelahiran tidak cukup bulan. Seringkali kelahiran berlaku di peringkat lapan bulan atau lebih awal daripada itu. Ini kerana rahim menjadi kembang dan amat besar dan ia tidak berupaya untuk mengembang lebih besar lagi pada peringkat itu. Oleh itu sesetengah doktor menasihatkan ibu supaya berehat di hospital sebaik sahaja kehamilan meningkat lapan bulan sehinggalah dia melahirkan anak. Dengan berehat di hospital, masalah sakit bersalin awal dan tekanan darah tinggi mungkin boleh dielakkan atau dikawal rapi. Sayangnya, ramai wanita sukar dinasihatkan supaya masuk hospital, khususnya mereka yang datang dari luar bandar. Demi kesihatan, keutamaan yang sewajarnya patutlah diberikan untuk menjauhkan malang yang tidak berbau.

Setiap kelahiran kembar patutlah dilakukan di hospital yang terdapat berbagai-bagai kemudahan jika berlaku sebarang masalah dan kerumitan. Kedudukan bayi dalam rahim seringkali tidak normal, adakalanya songsang atau melintang. Kelahiran bayi yang sulung biasanya jarang menimbulkan masalah tetapi kelahiran yang kedua seringkali menimbulkan kerumitan. Jika tidak dikendalikan dengan betul mungkin tangan bayi yang kedua akan keluar dahulu. Ini tentulah menimbulkan masalah kerana dalam keadaan songsang atau melintang, bayi ini mungkin perlu dilahirkan dengan pembedahan sesarean. Sebaik-baiknya semua kelahiran kembar patutlah dikendalikan oleh doktor pakar yang terlatih dalam bidang ini.

Selain itu, bayi kembar juga terpaksa menempuh lebih banyak rintangan dan ancaman pada peringkat awal kehidupan sehingga umur sebulan. Kadar kematian bayi kembar lebih tinggi berbanding dengan kelahiran bayi tunggal. Tidak cukup bulan dan tidak cukup timbang berat adalah di antara sebab utama kematian bayi. Kerumitan dan kesukaran ketika kelahiran juga merupakan satu sebab mengapa kadar kematian kembar lebih tinggi. Biasanya, dalam kelahiran kembar ini, bayi kedua adalah lebih terancam daripada bayi pertama.

Bagi kembar siam, penting disahkan kehamilan itu sebelum kelahiran berlaku kerana kembar siam tidak boleh dilahirkan melalui cara biasa. Ia perlu dilahirkan menerusi pembedahan. Pengesahan ini biasanya didapati dengan melakukan X-ray pada peringkat akhir kehamilan dan daripada gambar ini beberapa tanda boleh dikesan untuk mengesahkan kejadian kembar siam. Walaupun demikian, perkara ini tidak perlu dibimbangkan kerana ia sangat jarang berlaku.

Jagaan bayi kembar juga merupakan satu cabaran kepada ibu dan bapa. Menjaga seorang bayi kadangkala boleh menimbulkan kekecohan, bagaimana pula menjaga dua orang bayi yang amat kecil dalam satu masa. Walaupun demikian, bantuan dari ahli keluarga lain bolehlah didapati khususnya dari ibu sendiri atau ibu mertua yang telah banyak pengalaman. Namun begitu, sekiranya anda disahkan mengandung bayi kembar, anda semamangnya seorang ibu yang bertuah kerana bukan senang untuk dikurniakan dua bayi comel dalam satu masa yang bakal mewarnai kehidupan anda sekeluarga.



sekian dulu dr sy CIK ORKED~!!❤

Sunday, May 1, 2011

~KESAN HUBUNGAN INTIM DEPAN ANAK..

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu dimana pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu!!!!!!!!!”

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok, tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..