Sunday, November 25, 2012

some precious one



assalamualaikum w.b.t..


Semalam terjumpa satu video kahwin seorang wanita yang tersohor melalui blognya suatu ketika dahulu yang diangkat sebagai blog pilihan di malaysia.. video kahwin yang menyebabkan airmata ni menitis tanpa disedari. ok scene yang membuatkan orked menitiskan airmata adalah scene semasa lafaz sakinah antara beliau dan ibu beliau. sangat menyayat hati. tersedu-sedu dia baca lafaz tu. baru tahu begitu rupanya lafaz sakinah. tiba-tiba terfikir habis orang yang dah tiada ibu macam saya ni tak payah buat lafaz sakinah lah ek nanti? huhu no komen. takpelah sekarang cuma nak kongsi video menarik ni. harap semua orang manghayati part lafaz sakinah antara ibu dan anaknya nanti.




ya, irine nadia marcello atau fakhrine nadia binti hj abdul rahim.(boleh tekan nama dia kalau nak ke blog irine ni) majlis perkahwinan yang sederhana dan sangat sweet. mas kahwinnya pun tak mahal sangat taw.(nak tahu berapa tengoklah video ni,hehe) bagus pasangan dua orang ni. mereka kenal dari FB kata si amirul ni lah. irine pulak cakap perkenalan dan pertemuan yang mengikat mereka bersama ni berlaku dengan cepat dan pantas. alhamdulillah jodoh mereka. sebenarnya orked mula mengenali si adeq irine yang comel dan sweet ni dari blog abangnya aizul marcello.(boleh tekan kat nama dia kalau nak ke blog si aizul ni) entah macam mana boleh jumpa blog aizul dan mula mengenali insan kreatif ni pun orked tak pasti sangat(tapi rasanya orked tahu,biarlah rahsia hehehe) ushaa pi ushaa mai hah jumpa tentang irine ni masa si aizul post entry dekat blog dia tentang dia dan adiknya terpilih sebagai blog pilihan di malaysia.(apa entah nama contest tu dh lupa) kat situ lah bermulanya langkah mengenali dua beradik yang sangat sweet ni. irine memang seorang perempuan idaman semua lelaki tak mustahil nape hubby dia cepat-cepat pinang dia jadikan isteri. sangat cantik sangat baik dan you oll nak tahu tak suara irine sangatlah manja. tengok dan dengar suara irine dalam video di atas dan video kedua yang akan orked post kat bawah ni nanti. irine ni antara idola wanita-wanita diluar sana yang menamatkan zaman bujangnya pada usia sangat muda dan you want to know something yang sangat bertuahnya cik kak sorang ni apa tak? dia dah pregnant pun lepas hampir  4 bulan kahwin. alhamdulillah rezeki dan jodoh dia memang diberkati tuhan. kita doakan beliau dan suami bahagia selamanya, amin... jum tengok video majlis persandingan irine dan amirul pula.





sweet kan? diorang ni memang serasi taw. i wish i could know her closely. hehe berangan jelah kan.. lepas satu satu nak kenal orang, sapa lah orked kan. tak pelah kalau tak dapat mengenali pun mendoakan dia supaya dalam rahmat allah selalu. sapa tak nak rasa kahwin awal dapat jodoh yang baik dapat baby cepat lak tu semua yang diatur tuhan untuk dia sangat cantik. setiap ketentuan tuhan pasti ada hikmah kan. kita kena bersyukur walau apa pun ketentuan untuk kita pula. nak gosip sikit ley tak?? hehe nak tahu tak awek abang irine pun boleh tahan taw. lynda roslan, ha yes! lynda roslan yang berlakon dalam citer RAWAN tu. huhu sangatlah lawa. diorang dah bertunang beberapa bulan yang lalu. entah lah bila majlis kahwin beliau berdua pula. kita tunggu. hehe boleh buka blog aizul kalau nak tengok sapa awek dia taw. hehe setakat yang orked duk ushaa awek dia owner kot kat RADIUSITE web site butik muslimah(tudung macam-macam jenis ada habaq hangg!) silakanlah mengenali insan istimewa yang punya karakter positif ini.. hehehe sekurang-kurang jadikan semangat untuk kita pula meneruskan hidup kita tak salah kan? huhuhu  oke selit sikit lah kan tentang abang dia dan tunang abang dia. balik pada cerita asal pasal irine, memang sangat bahagia bergelar insan bernama irine ni taw. mak ayah lak sporting sangat bagi kahwin muda kalau mak ayah kita jenuh kena bebel kan.. hehe sebenarnya mak dan ayah masing-masing tahu kemampuan anak-anak mereka jadi betulkan diri berubah ke arah masa depan insya allah segalanya mudah dan dirahmati, amin.. oke lah korang mesti nak layan video-video kat atas ni kan. orked berhenti disini. wassalam.. 





“Mencari yang halal adalah fardu atas setiap muslim” 
(Riwayat Ibnu Abdil Bar dari Ibnu Mas’ud)




n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur

Saturday, November 24, 2012

❝my life, my intentions lillahita'ala❞



assalamualaikum w.b.t..



hujung minggu buat apa semua??
bagi orked hujung minggu sesuatu yang amat bosan(tapi memang tertunggu-tunggu dapat tido puas-puas hehe)
mana taknya duduk je menghadap laptop kalau tak assignment edit gambar
kalau tak dua-dua tu tengok cerita kalau tak jugak jenguk FB dan blog
sekarang musim semua kawan satu batch duk kalut pasal praktikum
semua dah mula bising-bising
antara soalan 'famous' yang mereka duk borak sesama mereka adalah
.
.
.
1) Dapat praktikum kat mana?
2) Dapat elaun ke tak?
3) Siapa penyelia praktikum setiap orang dapat?
4) Siapa dapat penyelia sama, kenal tak penyelia?

tu antaranya lah kan...
sama lah dengan saya pun..
sekarang ruang sangat sempit untuk isi banyak perkara yang nak difikir..
baru nak rasa macam mana nak handle banyak perkara dalam satu masa
tapi dalam tak cukup masa tu pun tido tetap cukup.. huhu
tanpa tido tiada lah erti rehat sebab bila ada masa rehat pun ada juga aktiviti sambilan
bermakna masa tido je waktu yang tak buat apa-apa
ni cerita tentang tido, malam tadi tido bermimpi jumpa farah lee
ala farah lee isteri ally iskandar tu.. yer dia juga seorang blogger
terserempak dalam mimpi dan dia sangatlah ramah
sampai kemimpi masuk impian nak jumpa farah lee tu
orked memang sangat menyenangi segala karakter farah lee tu
sopan, lembut, sederhana
dia wajar jadi idola para wanita
kalau nak tengok blog dia boleh tekan sini farah lee
insya allah nak jumpa dia suatu hari nanti luang masa mengenali insan istimewa ni
kita kalau tak mampu nak seistimewa orang sekurang-kurangnya kita menghargai keistimewaan orang lain 
sangat tak sangka boleh bermimpi terserempak bersalaman dan berkenalan 
malah bertukar alamat blog dengan dia
dalam mimpi saya dia seorang wanita yang seeloknya seperti mana yang orked gambarkan selama ni
sudah je mimpi tu tamat, bangun dengan sangat terkejut 
dan jam waktu tu dalam pukul 3 lebih, pagi buta awak oii!
sambung tido semula dengan harapan yang indah hehehe
tu lah kadang harapan kita walau tak tercapai jadi nyata ALLLAH s.w.t bagi juga walau bukan secara nyata
kehidupan memang banyak rencahnya kan
ni panjang lebar kat sini sebenarnya ada lagi assignment taw haha
sekadar merehatkan minda dari bebanan tugas seketika
sekarang kalau buka FB mesti ramai kawan-kawan dah ada ikatan
dah kahwin dah tunang dah pregnant dah bersalin dan dah tambah anak pun ada
diri sendiri entah bila lagi
belum waktunya mungkin untuk dikurniakan harta yang sangat bernilai dalam hidup tu
siapa-siapa pun kan akan berhajat memilki harta semahal tu kan
harta yang tak ternilai, harta dunia akhirat
satu ikatan suci yang sah dan dirahmati
seorang insan yang halal untuk didampingi
dan pelapis baru yang manyambung generasi kita
semua tu harta dunia akhirat
harta kurniaan ALLAH s.w.t untuk agamanya untuk hambanya
bukan senang melalui tempoh penting dalam kehidupan
mungkin sebab tu lah kesediaan diri sendiri dan ketentuan ALLAH s.w.t seiring
takdir adalah ketentuanNYA berdasarkan siapa kita, bagaimana kita terhadapNYA
ibarat satu kata-kata:

"my attitude not depends on who you are but
depends on how you are with me"  

macam tu jugaklah ALLAH s.w.t menentukan takdir kita 
sebab tu juga ada orang selalu guna kata-kata

"kita menentukan balasan tuhan terhadap kita, 
jangan mengharap balasan baik jika kita tidak berlaku baik"  

banyak lah lagi kata-kata pujangga ni..hehehe
yang boleh kita jadikan tauladan maka contohilah
yang harus dijadikan sempadan maka jauhilah
macam tu juga soal jodoh
doa saya disini agar semua kawan-kawan yang sudah mendirikan masjid(rumahtangga)
semoga rahmat ALLAH s.w.t sentiasa menaungi





yang penting kita sebagai hamba harus sentiasa melakukan yang terbaik sebagai hamba
terkadang kita tak sempurna kan, bukan kadang-kadanglah tapi banyak yang tak sempurna ni
biasalah manusia kan, apa pun kena sentiasa tegur menegur dan saling mngingatkan
rendahkanlah ego dan kepentingan diri saat kita terpaksa kur kita ada kekurangan
mungkin ada yang sudi membantu memperbaiki kekurangan kita
hanya diri sendiri perlu buang ego dan kepentingan diri sendiri semata-mata
insya allah, amin........
akhir kata,


"tinggikanlah pengetahuanmu setinggi bintang dilangit 
dipandang indah, bersinar menerangi seluruh alam
tapi
rendahkan dirimu serendah mutiara dilautan
walau didasar tetap diangkat keatas menjadi hiasan yang indah" 


wassalam... 


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur

Thursday, November 1, 2012

❝ menuju jalan kembali ❞

assalamualaikum w.b.t..

wah..... tajuk xley tahan ❝ menuju jalan kembali ❞ 
hehehe bukan ape pon..
maksudnyer kembali ke sekolah.. haha
kena p kelas lagi.. kena bangun awal pagi lagi..
hurmm xsuka sgtt..
sebab orked kuat tido.. (mengaku kelemahan diri)
xpe la.. disini tempatnya mencari masa hadapan..
disini tempatnya penentu rezeki..
menuntut ilmu itu satu jihad kan..
sabar je la walaupun sgt2 malas..
dgn malas blm tentu blh senang,dgn malas blm tentu blh kenyang..
dan dgn malas blm tentu blh bahagia..
kannnnn... (cewah ckp mcm something jerrkk)
ape pun dalam hidup ni kita perlu buat yang terbaik 
walaupun kita bukan asalnya dalam kalangan yang terbaik..
semua manusia dilahirkan asalnya kosong..
corak yang terbentuk bdsrkan plihan jalan hidup masing2.. hari ni.. dh balik semula ke UUM
hbs sudah cuti untuk ry haji..
fokus dialihkan kembali pada kuliah dan assignment2 yang bertimbun..
tergolek2 dtg tergedek2 minta disiapkan..
gedik sungguh sesuatu y bernama assignment..hahaha
bukan main lg melaram nak balik UUM
mcm nak g dinner..haha
tapi muka tak makeup sgt sebab tahu mata suka gatal2 nanti comot habis celak mata 



padahal nk angkut beg punya berat (isi botol budu 4 botol btl kicap saiz xxxl 1botol..hahaha)
pastu merangkak2 pulak naik ferri..
fuhhh punya ramai org hari ni naik feri..
sampai je atas jeti tiba2 sesak nafas..
dh mula panik..
nak minta tlg sape ats feri tu xkenal sape.. adoi.. istighfar pjg tadi..
dari p.pinang->btworth->a.setar->UUM
sepanjang perjalanan penuh dgn manusia berasak2 
menambahkan lagi tenat keadaan yang sedia sakit secara tiba2 tadi..haha
sampai je bilik alhamdulillah dh okay..
tgk je bilik yang dh dikemas rapi sebelum balik hari tu
wat jiwa jd tenang.. 
sebab tu beria nak kemas bilik sblm balik hr tu
sebab tahu keadaan bila sampai bilik memg penat..
mata kalau jamu dgn permandangan indah hilang sikit penat tu..
terima kasih kak long dan keluarga untuk cuti raya haji kali ni.. heee
emm jum2 nak rehat sekejap sebelum melangkah kaki ke tasik UUM..
tu lah hobi sejak menjadi penghuni UUM
kat tasik tu menyimpan segala cerita hidup ni..
tempat ms susah senang suka ataupun sedih... (walaupun tasik tu dh tak cantik..hehe)
thanx bg yang sudi menelaah blog ni sekejap.. 
wassalam... 


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur

Wednesday, October 24, 2012

cerita sebelum balik kampungggg ♥

assalamualaikum w.b.t..



sedikit lakaran ringkas sebelum kaki ini melangkah pulang ke kampung untk ry haji..
hari yang sgt mbosankan bila semua org eksaited nak balik kg..
entah kenape perasaan sedih dtg setiap kali mdgr semua org bcerita btpa mreka teruja untk pulang ke kg..
sebab bg sy semua kebahgiaan y sy ada lenyap setelah perginya arwah bonda ke rahmatullah..
7 tahun berlalu dan selama 7 tahun tu lah diri ini hilang erti bahagia yang sebenarnyer..
hilang sudah tempat bermanja..
hilang sudah tempat mengadu..
air mata tak pernah jemu mengalir walaupun semua tu dh lama berlalu..
sumpah dalam hati ini masih tak dpt menerima pemergiannya..
belum puas merasa kasih seorang ibu..
yang tinggal cuma sebuah rumah yang penuh memori antara kami sekeluarga...


setiap kali saat diri ini  melangkah ke sini semua kenangan yang penah ada antara kita menjengah..
dan saat itu hatiku menolak takdir bahawa kau telah pergi dr hidup ini..
semua yang kita bina cuma sementara..
tapi kasih syg yang ada antara kita selama2nya..
kau insan yang memberi ku hidup ini..
saat semua org merindui diri seorg ibu bila pulang ke kg diri ini hilang arah..
tak tahu kemana langkah ini harus berlalu..
tak tahu dimana adanya bahagia buatku..
kau dekat dalam hati walau kita scra nyata sudah jauh terpisah..
ampuni setiap dosa yang terjadi antara kita sekiranya pernah diriku melakukannya..
kini aku seorg insan yang telah dewasa..
melalui rencah hidup dengan tabah walau penuh dugaan..
walau penuh kesakitan...
pernah aku berkata andai aku msih mempunyai insan ini pasti akan ada satu bahu..
yang akan sentiasa tersedia untuk mendengar setiap rintihanku,kesedihanku..
tapi sayangnya semua cuma mimpi..
mimpi semata2..
wahai ibu..............
restui hidupku walau aku xmampu lg mendengar suaramu bsuara untk mrestui..
ckuplah hembusan bayu sebagai salam restu darimu buatku..
aku cuba tabah dengan hidup ini..

(luahan hati yang terpendam)

ok,,sudah..ckup kt situ sedikit kisah dan dilema diri sy..
sekadar menggunakan ruang peribadi ini untuk berkongsi rasa bersama teman2 
ramai dh balik kg kan.. tp orked masih kt uum..
dh bosan ape lg kemas la apa y patot walaupn bgn tido agak lambat setiap hari.. :P
berkemas sakan ibarat tak mau balik kg..
hahahaha
xpelah siapkan bilik siap2 kan.. tinggal dlm keadaan kemas..
senang sikit hati ni.. :)


ni lah dia kalau dah bosan tahap cipan..
heee
comel je cik ted tu kan..
selalu ade untuk orked..
selalu basah kena air mata orked bila orked nangis 
selalu jd mangsa lemas kena pelok ms orked tido
cik ted setia di sisi.. 


ok.. dh siap kemas bilik dh boleh rehat untuk perjalanan jauh esok hari..
orked simpan banyak rasa dalam hati 
biarlah orked lalui hidup orked dengan semua ujian yg ada..
sekarang orked fokus pd kehidupan saat2 terakhir bergelar student..
masih jauh langkah kaki harus dihayun..
cuma usaha,doa dan rahmat ALLAH s.w.t yang diperlukan saat ini
jum.. nak rehat dah.. dh 3.34 pg dh.. esok pg2 lagi nak bangun..
mcm xkan sedar je rasanyer..
orked ni jenis kuat tido..
harap tak terlewat naik bas.. 
sekian dulu.. selamat malam... :)


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur



Thursday, September 27, 2012

perubahan hidup asasnya pada niat

assalamualaikum w.b.t

agak lama tak update blog orked ni... anyway bukan takde ms lgsg tp memg byk ms dgunakan dgn spenuhnya dan tkdg idea y dtg dirasakan tdk perlu dkongsi semuanya.. heheehhe bukan bmkna xpenting tp mungkin ada ms nya pkra y tcetus nk tulis adalah pkra y xseptotnya dketahui umum contoh hal peribadi and etc.. cewahhh layan perasaan je kan... haha xdelah.. ni sedikit input dr orked untk sesiapa shj y sdg dlm dilema dlm mslh dlm kesedihan xkesah la dilema apa mslh apa ksdihan apa pun.. setiap kali kita nak sesuatu kita bdoa dan kita bhrp tuhan tu adil pd kita.. kan? pernah x kita fikir adil x kita sbg hamba pd tuhan kita? tgjwb kita? hati kita? niat kita? semua dh kita betulkan atau belom? selagi semua tu tdk dbetulkan kita msh tdk akan mdpt keadilan dr tuhan kerana kita tdk adil pd tuhan sbg hambaNYA. bersabarlah mengejar dunia.. jgn terlalu obses pd dunia semata2,tkdg kita alpa ada bahagian rohani kita y belum mantap.. kita ingin semua kemahuan kita dikabulkan sdgkn niat kita tdk betul.. BERUBAHLAH... perubahan itu penting sebab terkdg perubahan adalah titik mula kita merangka jalan kehidupan yang bru.. jalan y lebih berpanduan.. semua manusia pernah buat silap.. xde sorg terlepas dr melakukan ksilapan.. NAFSU puncanya.. jangan diikut semua y disukai, tp ikut lah semua y dituntut pd kita oleh ALLAH s.w.t... 






segala ujian y dtg pd manusia adalah penilaian tuhan pd hambaNYA sejauh mana hambaNYA menginngatiNYA dan redha dengan segala y diuji.. oleh itu sabarlah melalui hidup y penuh liku ini.. kita merasakan kehilangan arah tuju dan tdk sanggup melalui dugaan yang mendatang sebenarnya kita memperlihatkan bahawa kita manusia yang mensia2 kan kehidupan didunia untuk belajar erti ketabahan dan kekuatan.. hadapi semua y mendatang pelajarilah erti hidup dan saat itu kita buktikan tdk sia2 kita didunia kerana kita tahu erti sakit erti tabah dan erti KEHIDUPAN.. bg yang pernah berbuat kesalahan pd seseorg pohonlah kemaafan pdnya kerana MAAF tdk sekali2 menyebabkan kedudukan anda rendah atau hina sebaliknya anda dipandang hebat menjadi insan y berani mengakui kesalahan dan berhadapan dgn nya sudah pasti anda seorg y ckup btgungjawab dlm hdp anda.. orked pernah salah pd org jgk,tp bg orked apa pun kesalahan jgn disimpan lama pohonlah kemaafan.. jangan TAKUT!! setiap manusia ada naluri dan sifat kemanusiaannya.. org y menerima kata maaf dr anda psti tersentuh dan walaupun dy tdk melafazkan dy memaafkan tp percayalah dlm hatinya dy berbangga dgn kamu kerana kamu berani memohon maaf,skurang2nya kamu telahpun memohon maaf dan kamu membuat satu tindakan yang tdk pernah salah iaitu MEMOHON MAAF... harap segala input yang diberi di sini memberi sedikit ketenangan hati buat manusia yang sedang dlm dilema.. bersihkan hidup anda betulkan niat anda pohonlah kemaafan pd setiap kesilapan semoga pintu rezeki terbuka dgn redhaNYA buat anda.. insya allah.. wassalam.. 

Tuesday, August 14, 2012

permainan dunia.. penat..!

assalamualaikum w.b.t..

hye dan selamat pagi semua sahabat yang sering melawat ke ruang kecil sy ni..
salam 1 malaysia..
takde apa yang tlalu istimewa untk dikongsi cuma pengisian ruang jiwa yang kosong..
manusia dan kehidupan tdk dpt lari dr mhdpi tipu helah dunia
sering kali kita manusia menyalahkan syaitan dan iblis
tapi jika pd bulan y mulia ni kita tetap tak dpt kawal diri kita dr blaku zalim
dan bertindak kejam bermakna kita bukan lg dibwh kwalan atau desakan syaitan 
tapi kita sebenarnya y membenarkan diri kita menjadi pengikut syaitan..
permainan dunia xkan pernah hbs.. xkan.. 
lelah mcm mane pun kita semua tetap menghadapi saat sukar untuk meneruskan hidup..
kadang2 kita cuba jd y tbaik buat y tbaik untuk y tbaik dlm hidup kita
tapi belum pasti kita memperolehi y tbaik...
apa pun sebagai hamba yang kerdil kita terpaksa pasrah dan akur dengan ketentuan ilahi
dugaan demi dugaan terkadang kita penat melalui semua tu
sendu tangis kita semacam tak mampu lg nk rawat kekecewaan ataupun kepenatan
doa untuk diri sendiri adalah jalan terbaik memotivasikan diri
menghadapi hidup yang semakin sukar..
ramai manusia yang hilang arah menentukan hala tuju setelah melalui kepahitan
begitu saya..
bukan sekali tapi berkali sy kehilangan arah tuju
terkadang sy sdr ia dr slh sy sndri
tkdg merasa dizalimi  bila segala y tjadi bukan puncanya dr diri sy sndri
sy pasti kamu semua pun sma..
kadang rs lelah dgn dugaan menbuat kita bpts asa..
kadang kita mberontak kenape kita tpaksa lalui semua dugaan yang memeritkan tu..
tp walau apa pun yang terjadi kita msh perlu lalui hidup yang belum habis perjalanannya 
selagi nyawa masih bersama jasad..
biarlah airmata peneman setia jika cuma airmta yang memahami kesakitan dlm hati..


Tuesday, July 24, 2012

dejavu di kinabalu punya demam.. butterfly by melly ♥

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Repeat reff



Sunday, June 17, 2012

✿ ujian

assalamualaikum w.b.t...


setiap roh yang hidup tidak terlepas dr diuji dan menghadapi pelbagai dugaan..
kdg2 ujian y dtg mematangkan kita, kdg2 memberi kita pengajaran semata-mata
walau apa pun y kita pljri dr sebuah ujian sebenarnya setiap ujian itu tlh tertls oleh ALLAH s.w.t. untk kita
saat kita lemah saat kita hlg arah menyelesaikan ujian itu sebenarnya saat kita plg dekat dgn maha pencipta
manusia bila bhgia belum tntu dy mengingati tuhannya, krn mereka akn menikmati kbhgiaan itu tlbh dhlu
hubungan kita dgn manusia adalah cerminan hubgn kita d cc ALLAH s.w.t...
jika buruk hub kita dgn mnusia blm tntu bruk hub kita dgn tuhan.. 
tapi jika bruk hub kita dgn tuhan sdh tntu bruk hub kita dgn mnusia
fahamilah tanggungjawab kita sbg hambanya sebagai khalifah dibumi
tugas kita menenteramkan alam ini bukan mengelamkan lg alam ini.
dlm pjlanan mencari kehidupan sdh psti ada bhgia dan duka..
bezanya bagaimana kita jujur pd semua org bhw kita bhgia ataupun tdk..
rendahkan lah kebangaan dirimu walaupun kita punya kelebihan berbanding y lain..
tinggikanlah budi pekertimu walaupun kita bkn manusia y ckup mulia didunia fana ini...
sama2 kita fahami erti kehidupan sama ad untk dnikmati semata2 atau untuk dihargai dgn penuh hikmah..





walaupun kita mungkin bukan mnusia tbaik dgn tuhan tapi kita msh dberi peluang tanpa henti 
untk mncari kebaikan dlm diri kita sndri..
setiap manusia dicipta tanpa satu dosa.. putih.. bersih.. 
dan sdh psti kekotoran y tjadi boleh dbersihkn kembali..
kembalilah pada yang HAQQ saat kita merasa yang BATIL melalaikan..
serahkan sepenuh harapan pd y ESA bila hati belum ckup kuat mpcyai y hina..
kembalilah mpcyai tuhanmu bila hatimu blm ckup kuat mpcyai manusia seangkatanmu..
mustahil hati y dtg dr tuhan tdk mampu balik semula pd tuhannya..
setiap ujian y melanda bukti kita sentiasa memerlukan ALLAH s.w.t..
wallahua'lam... 


hari ini puasa isra' mikraj
sungguh hebat menjadi muslim
kita punya adat dan disiplin diri yang dibentuk oleh agama kita..
selamat menjalani ibadat puasa buat y bpuasa.. 
wassalam w.b.t... 



Thursday, June 14, 2012

10 tanda dia jodoh kita

assalamualaikum w.b.t.

huhhh musim exam patotnyer sibok stdy kan.. tapi keje sy tido sepanjang hari
dan akhirnya bgn untk update blog semata..
entah mane mood ni ghaib.. *elley last minute nty kelamkabuttt!*
biasa la tu, student life namanya kan..
semua org pn alaminya kan...
anway msh ad 3 paper berbaki.. lusa is third last paper.. 
teruskan usaha!! *usaha untuk tido n update blog..?*
hahaha diri sndri y sdr keadaan sndri msh wt xsdr dri,,begitulah manusia,,
entry kali ni nak kongsi skit input dr page ILUVISLAM♥..
bagaimana mengenal seseorang tu jodoh kita *ada pape msej lain y cba dsmpaikan ke ni....?*
haha semesti xde! ni perkongsian semata2..
serahkan pada ALLAH s.w.t. apa y bakal berlaku dan hati kita pasti tenang.. 
*eceeeyyy mcm sumthing tacim jee tuu*
ehh xde la.. haha yeiip! setiap org ad dugaan hidup masing2 kan.. termasuklah kita2 semua!
tu y tgh bc tu mata dua biji tu pun.. sama je kita okehh
ahaaa! lex jgn trus tutup entry ni krn terasa! truskn membaca..
input ini sekadar perkongsian menenangkan hati..
insya allah....




Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?




7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


selamat berbahagia buat korang y tgh bahagia...
doa tulus ikhlas dr penulis blog ini! 
wassalam! ;)

Sunday, June 10, 2012

bebelan si isteri



assalamualaikum w.b.t...


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.


Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.


Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".


Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"


Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".


Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".


Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami...


SubhanALLAH....(✿◠‿◠)





Thursday, June 7, 2012

ciri2 suami pilihan...

assalamualaikum w.b.t...

selesai sudah tiga kertas ujian untuk final
masih berbaki 4 kertas ujian
hati bersabarla walau diduga bermacam dugaan
walau didatangi pelbagai rasa yang pahit
sesungguhnya ciptaan allah yang paling misteri adalah HATI
percayalah bahawa hati seseorang manusia tersangat misteri
terkadang apa yang dipandang oleh mata kasar bukan 
dari hati yang sebenar...


setiap wanita/hawa/perempuan ada tahap kesabaran tersendiri
namun walau apa pun tahapnya mereka tetap makhluk yang penuh kasih sayang
tanpa kasih sayang wanita tak mampu hidup dan dia bersikap sebagai bukan seorang wanita
lelaki yang benar2 memahami tanggugjawabnya sahaja mengerti nilai sebuah 
kasih sayang dari wanita



pemilihan calon suami oleh seorang wanita terkadang dari fitrah apa yang mereka 
perlukan dari seorang lelaki bergelar suami
memang payah untuk memahami hati wanita jika lelaki itu belum bersedia menerima tanggungjawab
untuk menyayangi wanita dalam hidupnya, bermula dengan menyayangi ibu mereka sendiri 
adalah cabaran utama buat lelaki yang mula belajar mengenai wanita
terkadang marah wanita diluar kemahuannya, namun perkara paling payah untuk wanita
adalah meminta sebuah perpisahan begitu juga untuk menerima sebuah perpisahan
kerana bagi wanita bagaimanapun seorang lelaki kasih sayang mereka melebihi segala2nya
fahamilah wanita didalam hidup anda, hormatilah dia sebagaimana anda sedar bahawa suatu hari nanti
anda akan punya anak perempuan anda sendiri dan akan menjalani hidup bersama lelaki dalam hidupnya
jika anda tidak sanggup melihat darah daging anda dilukai dicaci dihina 
maka hormatilah jua seorang wanita dalam hidup anda yang merupakan darah daging ibu dan ayah mereka
berilah wanita hak yang sewajarnya untuk rasa disayangi dihormati dilindungi oleh anda



Friday, March 30, 2012

cahaya selepas hujan lebat~

assalamualaikum w.b.t......

hye pembaca semua mari sama2 bersyukur kpd ALLAH s.w.t.,

tuhan kau beri rahmat setelah hentinya ribut dan hujan y lebat..
tuhan kau redhakan kemarau panjang setelah kau hujani kami dgn rahmatmu..
tuhan kau pemberi dan kau penentunya...
tuhan..........
ALLAH hu RABBI..........
kau la pencipta y terindah dan segalanya keindahan adalah dariMU..
alhamdulillah...........



Wednesday, January 4, 2012

apa sebenarnya...

assalamualaikum w.b.t....

sy terjumpa satu ayat berbunyi...

‎::A woman is,no matter how common she is,she can be a queen in a man heart,no matter how noble she is,she can be a maid for her husband in her marriage life,no matter how kind she is,she also can be cruel to someone who's just hurt her love,depending on how she is treated by the man who she LOVES the most!:: ♥


banyak maksud tersirat dr ayat diatas sebenarnya..ssh nk ckp ape y kiter cba luahkn scra jelas.. tapi sy cba trgkn ape y tsirat bg sy dlm ayt ni.. lebey krg mnrgkn y seorg prmpuan tu walaupun dy cma prempuan biasa tp dy mampu jd pujaan dlm ht seorg lelaki y menyayangi dy,dan seorg prempuan tu bgaimana mulia atau thrmat pn dy,dy tetap akn jd pngasuh org gji atau pgrus rmh tga pd seorg lelaki wlaupun lelaki tu xsemulia xterhormat spt dy,tapi seorg prempuan tu bgaimana baek pun dy kalau lelaki msia2kn cnta kjujuran kpcyean y dy ad untk laki tu dy akan berubah jd kejam demi diri dy y dtindas lelaki y xmhrgai pngorbanan dy.. mudah ckp prempuan pn ade ht prsaan dan keadaan atau pgkt dy dlm msyrkt xmhlg dy jd org lain selain dr dri dy..hrgai la prempuan.. sbenarnya kita selalu dgr lelaki bg alasan "i sorok benda ni dr u sebab i xnk u tluka,i xmo u bsing2,i mls nk gdo2" sy sgt benci lelaki y guna ayat tu sbg alsan..LELAKI!!!! ni luahan dr prempuan(sape lg kalau bkn sy la prempuan tu..wakil la untk smua prempuan) prempuan anti lelaki bbhong even untk kbaekan..pcayalah.. cba kamu bhong walau sekali demi kbaekan y kamu fkirkn tu..selama nya seorg prempuan akan simpan dlm ht dy..tguris n tluka dlm ht dy xkn hlg semudah tu je..bg seorg prempuan,lebih baek btrus trg n jujur dr awl drpd kamu mgunakan ayat "sorok demi kbaikan bsma" xde kesan d ht mksudny sme spt "SAYA SENGAJA MENIPU KAMU" pcyalah... ni krn bg prempuan kalau betul sesuatu terjadi luahkn pd mreka n mreka memang suka dbwa berbincang bila lelaki y memulakan pengakuan..tapi kalau lelaki y memulakan penipuan dy memang susah nak trm.. conthnya.. apabila tmn lelaki tsrempak dgn ex-gf dan berborak shingga xdgr fon bbunyi dan itu pgln dr nya..pd ms y sme dy mdpt brita bf dy sdg berborak mesra dgn seorg prempuan dsebuah restoran..dy mnelefon untk mdptkn kpstian..tp bf dy akn ckp "oh sorry abg byk kje xdgr.." pcyela dy akn mdptkn bukti kamu menipu drinya.. tp sebaliknya jika bf dy mngakui tsrempak ex-gf dan berborak seketika dy akan manganggap bhw org y mnympaikn pd nya bhw bf dy berborak mesra td adlh tokok tmbh semta2 sdgkn bf dy cma berborak biasa tahu knp? sebab dy mngagumi bf dy jujur bhw betul bf dy jumpa n berborak dgn seorg prmpuan..mungkin dy akan blter sketika tp pcyela leterannya bukan lagi berbaur curiga tapi esau dan takut khlgn bf dy smta2.. LELAKI bljrla mlyani prempuan sbaeknya.. mngawal persaan kamu sndri sbaeknya adlh jalan memudahkn sebuah pbncgn di lakukan dgn baek.. ingat.. kejujuran adelah penting pd wanita.. kdg2 memahami prempuan atau wanita xsepayah memahami lelaki.. wanita 0 prempuan cma mahu mereka jelas tntg sesuatu keadaan itu shj.. tapi krn lelaki ego jd lelaki acap kali mlfzkan pyh memahami prempuan/wanita.. sdgkn lelaki amt pyh memahami sikap ego mreka untk btoleransi dgn prempuan/wanita dlm hdupnya..