Pages

Sunday, June 17, 2012

✿ ujian

assalamualaikum w.b.t...


setiap roh yang hidup tidak terlepas dr diuji dan menghadapi pelbagai dugaan..
kdg2 ujian y dtg mematangkan kita, kdg2 memberi kita pengajaran semata-mata
walau apa pun y kita pljri dr sebuah ujian sebenarnya setiap ujian itu tlh tertls oleh ALLAH s.w.t. untk kita
saat kita lemah saat kita hlg arah menyelesaikan ujian itu sebenarnya saat kita plg dekat dgn maha pencipta
manusia bila bhgia belum tntu dy mengingati tuhannya, krn mereka akn menikmati kbhgiaan itu tlbh dhlu
hubungan kita dgn manusia adalah cerminan hubgn kita d cc ALLAH s.w.t...
jika buruk hub kita dgn mnusia blm tntu bruk hub kita dgn tuhan.. 
tapi jika bruk hub kita dgn tuhan sdh tntu bruk hub kita dgn mnusia
fahamilah tanggungjawab kita sbg hambanya sebagai khalifah dibumi
tugas kita menenteramkan alam ini bukan mengelamkan lg alam ini.
dlm pjlanan mencari kehidupan sdh psti ada bhgia dan duka..
bezanya bagaimana kita jujur pd semua org bhw kita bhgia ataupun tdk..
rendahkan lah kebangaan dirimu walaupun kita punya kelebihan berbanding y lain..
tinggikanlah budi pekertimu walaupun kita bkn manusia y ckup mulia didunia fana ini...
sama2 kita fahami erti kehidupan sama ad untk dnikmati semata2 atau untuk dihargai dgn penuh hikmah..





walaupun kita mungkin bukan mnusia tbaik dgn tuhan tapi kita msh dberi peluang tanpa henti 
untk mncari kebaikan dlm diri kita sndri..
setiap manusia dicipta tanpa satu dosa.. putih.. bersih.. 
dan sdh psti kekotoran y tjadi boleh dbersihkn kembali..
kembalilah pada yang HAQQ saat kita merasa yang BATIL melalaikan..
serahkan sepenuh harapan pd y ESA bila hati belum ckup kuat mpcyai y hina..
kembalilah mpcyai tuhanmu bila hatimu blm ckup kuat mpcyai manusia seangkatanmu..
mustahil hati y dtg dr tuhan tdk mampu balik semula pd tuhannya..
setiap ujian y melanda bukti kita sentiasa memerlukan ALLAH s.w.t..
wallahua'lam... 


hari ini puasa isra' mikraj
sungguh hebat menjadi muslim
kita punya adat dan disiplin diri yang dibentuk oleh agama kita..
selamat menjalani ibadat puasa buat y bpuasa.. 
wassalam w.b.t... 



Thursday, June 14, 2012

10 tanda dia jodoh kita

assalamualaikum w.b.t.

huhhh musim exam patotnyer sibok stdy kan.. tapi keje sy tido sepanjang hari
dan akhirnya bgn untk update blog semata..
entah mane mood ni ghaib.. *elley last minute nty kelamkabuttt!*
biasa la tu, student life namanya kan..
semua org pn alaminya kan...
anway msh ad 3 paper berbaki.. lusa is third last paper.. 
teruskan usaha!! *usaha untuk tido n update blog..?*
hahaha diri sndri y sdr keadaan sndri msh wt xsdr dri,,begitulah manusia,,
entry kali ni nak kongsi skit input dr page ILUVISLAM♥..
bagaimana mengenal seseorang tu jodoh kita *ada pape msej lain y cba dsmpaikan ke ni....?*
haha semesti xde! ni perkongsian semata2..
serahkan pada ALLAH s.w.t. apa y bakal berlaku dan hati kita pasti tenang.. 
*eceeeyyy mcm sumthing tacim jee tuu*
ehh xde la.. haha yeiip! setiap org ad dugaan hidup masing2 kan.. termasuklah kita2 semua!
tu y tgh bc tu mata dua biji tu pun.. sama je kita okehh
ahaaa! lex jgn trus tutup entry ni krn terasa! truskn membaca..
input ini sekadar perkongsian menenangkan hati..
insya allah....




Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?




7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


selamat berbahagia buat korang y tgh bahagia...
doa tulus ikhlas dr penulis blog ini! 
wassalam! ;)

Sunday, June 10, 2012

bebelan si isteri



assalamualaikum w.b.t...


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.


Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.


Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".


Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"


Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".


Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".


Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami...


SubhanALLAH....(✿◠‿◠)





Thursday, June 7, 2012

ciri2 suami pilihan...

assalamualaikum w.b.t...

selesai sudah tiga kertas ujian untuk final
masih berbaki 4 kertas ujian
hati bersabarla walau diduga bermacam dugaan
walau didatangi pelbagai rasa yang pahit
sesungguhnya ciptaan allah yang paling misteri adalah HATI
percayalah bahawa hati seseorang manusia tersangat misteri
terkadang apa yang dipandang oleh mata kasar bukan 
dari hati yang sebenar...


setiap wanita/hawa/perempuan ada tahap kesabaran tersendiri
namun walau apa pun tahapnya mereka tetap makhluk yang penuh kasih sayang
tanpa kasih sayang wanita tak mampu hidup dan dia bersikap sebagai bukan seorang wanita
lelaki yang benar2 memahami tanggugjawabnya sahaja mengerti nilai sebuah 
kasih sayang dari wanita



pemilihan calon suami oleh seorang wanita terkadang dari fitrah apa yang mereka 
perlukan dari seorang lelaki bergelar suami
memang payah untuk memahami hati wanita jika lelaki itu belum bersedia menerima tanggungjawab
untuk menyayangi wanita dalam hidupnya, bermula dengan menyayangi ibu mereka sendiri 
adalah cabaran utama buat lelaki yang mula belajar mengenai wanita
terkadang marah wanita diluar kemahuannya, namun perkara paling payah untuk wanita
adalah meminta sebuah perpisahan begitu juga untuk menerima sebuah perpisahan
kerana bagi wanita bagaimanapun seorang lelaki kasih sayang mereka melebihi segala2nya
fahamilah wanita didalam hidup anda, hormatilah dia sebagaimana anda sedar bahawa suatu hari nanti
anda akan punya anak perempuan anda sendiri dan akan menjalani hidup bersama lelaki dalam hidupnya
jika anda tidak sanggup melihat darah daging anda dilukai dicaci dihina 
maka hormatilah jua seorang wanita dalam hidup anda yang merupakan darah daging ibu dan ayah mereka
berilah wanita hak yang sewajarnya untuk rasa disayangi dihormati dilindungi oleh anda