Saturday, November 24, 2012

❝my life, my intentions lillahita'ala❞



assalamualaikum w.b.t..



hujung minggu buat apa semua??
bagi orked hujung minggu sesuatu yang amat bosan(tapi memang tertunggu-tunggu dapat tido puas-puas hehe)
mana taknya duduk je menghadap laptop kalau tak assignment edit gambar
kalau tak dua-dua tu tengok cerita kalau tak jugak jenguk FB dan blog
sekarang musim semua kawan satu batch duk kalut pasal praktikum
semua dah mula bising-bising
antara soalan 'famous' yang mereka duk borak sesama mereka adalah
.
.
.
1) Dapat praktikum kat mana?
2) Dapat elaun ke tak?
3) Siapa penyelia praktikum setiap orang dapat?
4) Siapa dapat penyelia sama, kenal tak penyelia?

tu antaranya lah kan...
sama lah dengan saya pun..
sekarang ruang sangat sempit untuk isi banyak perkara yang nak difikir..
baru nak rasa macam mana nak handle banyak perkara dalam satu masa
tapi dalam tak cukup masa tu pun tido tetap cukup.. huhu
tanpa tido tiada lah erti rehat sebab bila ada masa rehat pun ada juga aktiviti sambilan
bermakna masa tido je waktu yang tak buat apa-apa
ni cerita tentang tido, malam tadi tido bermimpi jumpa farah lee
ala farah lee isteri ally iskandar tu.. yer dia juga seorang blogger
terserempak dalam mimpi dan dia sangatlah ramah
sampai kemimpi masuk impian nak jumpa farah lee tu
orked memang sangat menyenangi segala karakter farah lee tu
sopan, lembut, sederhana
dia wajar jadi idola para wanita
kalau nak tengok blog dia boleh tekan sini farah lee
insya allah nak jumpa dia suatu hari nanti luang masa mengenali insan istimewa ni
kita kalau tak mampu nak seistimewa orang sekurang-kurangnya kita menghargai keistimewaan orang lain 
sangat tak sangka boleh bermimpi terserempak bersalaman dan berkenalan 
malah bertukar alamat blog dengan dia
dalam mimpi saya dia seorang wanita yang seeloknya seperti mana yang orked gambarkan selama ni
sudah je mimpi tu tamat, bangun dengan sangat terkejut 
dan jam waktu tu dalam pukul 3 lebih, pagi buta awak oii!
sambung tido semula dengan harapan yang indah hehehe
tu lah kadang harapan kita walau tak tercapai jadi nyata ALLLAH s.w.t bagi juga walau bukan secara nyata
kehidupan memang banyak rencahnya kan
ni panjang lebar kat sini sebenarnya ada lagi assignment taw haha
sekadar merehatkan minda dari bebanan tugas seketika
sekarang kalau buka FB mesti ramai kawan-kawan dah ada ikatan
dah kahwin dah tunang dah pregnant dah bersalin dan dah tambah anak pun ada
diri sendiri entah bila lagi
belum waktunya mungkin untuk dikurniakan harta yang sangat bernilai dalam hidup tu
siapa-siapa pun kan akan berhajat memilki harta semahal tu kan
harta yang tak ternilai, harta dunia akhirat
satu ikatan suci yang sah dan dirahmati
seorang insan yang halal untuk didampingi
dan pelapis baru yang manyambung generasi kita
semua tu harta dunia akhirat
harta kurniaan ALLAH s.w.t untuk agamanya untuk hambanya
bukan senang melalui tempoh penting dalam kehidupan
mungkin sebab tu lah kesediaan diri sendiri dan ketentuan ALLAH s.w.t seiring
takdir adalah ketentuanNYA berdasarkan siapa kita, bagaimana kita terhadapNYA
ibarat satu kata-kata:

"my attitude not depends on who you are but
depends on how you are with me"  

macam tu jugaklah ALLAH s.w.t menentukan takdir kita 
sebab tu juga ada orang selalu guna kata-kata

"kita menentukan balasan tuhan terhadap kita, 
jangan mengharap balasan baik jika kita tidak berlaku baik"  

banyak lah lagi kata-kata pujangga ni..hehehe
yang boleh kita jadikan tauladan maka contohilah
yang harus dijadikan sempadan maka jauhilah
macam tu juga soal jodoh
doa saya disini agar semua kawan-kawan yang sudah mendirikan masjid(rumahtangga)
semoga rahmat ALLAH s.w.t sentiasa menaungi





yang penting kita sebagai hamba harus sentiasa melakukan yang terbaik sebagai hamba
terkadang kita tak sempurna kan, bukan kadang-kadanglah tapi banyak yang tak sempurna ni
biasalah manusia kan, apa pun kena sentiasa tegur menegur dan saling mngingatkan
rendahkanlah ego dan kepentingan diri saat kita terpaksa kur kita ada kekurangan
mungkin ada yang sudi membantu memperbaiki kekurangan kita
hanya diri sendiri perlu buang ego dan kepentingan diri sendiri semata-mata
insya allah, amin........
akhir kata,


"tinggikanlah pengetahuanmu setinggi bintang dilangit 
dipandang indah, bersinar menerangi seluruh alam
tapi
rendahkan dirimu serendah mutiara dilautan
walau didasar tetap diangkat keatas menjadi hiasan yang indah" 


wassalam... 


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur

2 comments: