Pages

Saturday, January 5, 2013

tangisan di balik sekeping pintu

assalamualaikum w.b.t..

Lama tak update post kat blog kesayangan yang menjadi ruangan perkongsian peribadi dengan yang mengenali mahupun yang sedang mengenali diri ini. Banyak sangat komitmen nak habiskan semester terakhir bergelar pelajar degree. Dan sangat banyak dugaan yang semakin bertambah-tambah dalam hidup. Suatu ketika pernah termenung di meja tulis memkirkan sebuah masa hadapan. Memikirkan keluarga, memkirkan nasib adik-adik dirumah. Hidup kami tanpa seorang insan bergelar ibu amat perit dan payah untuk dilalui. Kami mencuba tabah dengan pelbagai dugaan, terkadang kami mencuba melwan segala sesuatu yang dirasakan menyakiti salah seorang dari kami adik beradik. Dugaan paling berat apabila kami terpaksa melalui saat-saat sukar mendidik jiwa adik-adik yang ketandusan kasih seorang ibu, bimbang mereka jauh dari landasan hidup ini. Bimbang mereka tersasar dari erti hidup yang sebenar dek kerana keseronokan tanpa batas ditambah tanpa suara bebelan seorang wanita bernama IBU. Aku pula mengharungi hidup sebagai seorang budak perempuan kepada remaja meningkat menjadi wanita dewasa tanpa didikan kasih seorang ibu. perit taw melalui hidup tanpa seorang ibu bagi seorang perempuan. tanggungjawab yang digalas sekarang pula untuk mendidik seorang lagi adik perempuan yang sememangnya dari usia dia baru mengenal dunia setahun lebih dia kehilangan sentuhan kasih seorg ibu. Kebimbangan ini bertambah bila memikirkan kosongkah jiwanya tanpa kasih ibu tercinta sejak dari kecil??? Aku menggalas tanggungjawab yang cukup besar untuk aku bawa sebagai hadiah istimewa buat arwah ibu di akhirat kelak. Sedang aku juga punya laluan hidup sendiri yang harus dipenuhi, mampukah aku menggalas tanggungjawab itu??? Termangu seketika di meja tanpa sedar aku mengalirkan airmata. Laju kaki ku melangkah setelah tersedar pintu bilik ku terkuak luas terbuka dari tadi. Aku menghampiri pintu itu dan menguncinya, setelah itu aku tidak terus berlalu bahkan aku terdampar di sekeping pintu yang sekarang memisahkan aku dari dunia luar dan tiada siapa lagi akan menyedari tangisan aku, aku lepaskan tangisan saat terdampar di sekeping pintu. Apa mampu aku terus berlakon bahagia apa mampu aku terus mengukir senyum saat sebenarnya setiap kali pintu itu ditutup untuk memberi halangan aku dan dunia luar ada tangisan yang sentiasa menemani??? Masa hadapan sememangnya suatu yang istimewa, manakan tidak sedangkan tuhan pun berahsia dengan hamba-hambanya tentang sebuah masa hadapan. Cuma diserunya agar manusia terus berusaha kerana cuma usaha yang mampu memberi jaminan masa hadapan. Hati ini terkadang takkan terus kuat walau diasak untuk kuat namun bila sekepal darah yang bernama hati dibasuh perasaan kesedaran kita menyedari kekuatan sebenarnya tersedia ada dalam diri setiap manusia cuma kita yang menentukan inginkan kekuatan atau kelemahan. Biarlah airmata berbicara andai cuma itu jalan mencari kekuatan biarlah sekeping pintu terus menjadi penghalang agar tiada siapa menyedari linangan airmata sentiasa bertamu di genangan alis mata. 


"sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya"
(surah an-nisa' 4:58)

hadis yang diriwayatkan oleh abu hurairah yang bermaksud:

"tunaikanlah amanah terhadap orang yang memberi amanah kepada kamu"
(riwayat tarmizi)






wassalam.... ;)


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur