Pages

Monday, March 25, 2013

apakah rupa kawan yang bersama anda?




assalamualaikum w.b.t...





tajuk yang semua orang akan mengeluarkan pendapat masing2 dan pengalaman masing2 selama bersama insan bergelar 'kawan' ni kan.. satu perkara kita perlu sedar kawan juga adalah manusia dan mereka punya hati perasaan bukan cuma perhiasan ataupun alat mainan waktu kita hidup, bukan juga cuma tempat mencari kesenangan dan bila tidak memerlukan kita membiarkan kawan merasa sakit dengan sikap dan tindakan kita padanya... kawan yang begitu bukan nya KAWAN tapi PARASIT! berhati2 bila berkawan kerana sangatlah banyak manusia yang hidup atas nama kawan tapi sebenarnya PARASIT.. 

*********************************************************************************************************************************************


sumber : https://www.google.com.my/search?q=sahabat


ibarat pepatah melayu ada menyatakan rambut sama hitam darah sama merah tapi HATI LAIN2.. hormatilah perasaan kawan kalau kita mengharapkan kawan akan kekal menghormati kita, dan hargai kawan jika kita mahu kawan menghargai kita.. zaman berganti zaman dan dunia semakin mencabar. harus diingat bahawa seorang kawan adalah seorang manusia yang ada dengan kita walau berat dugaan hidup kita dan selalu menjadi penguat dikala kita lemah dan yang sentiasa mahu membantu kita semampu yang boleh. itu baru KAWAN! 






selama bergelar manusia dimuka bumi ALLAH S.W.T ni saya amat bersyukur sebab hidup saya tidak sunyi dari insan bernama kawan.. RASHEDAH BINTI ABDULLAH dan NORHANIS BINTI SALLEH dua nama yang akan saya ingat dalam hidup hingga akhir hayat saya sebagai kawan terbaik yang saya miliki.. mereka tidak pernah jemu disisi saya dan mereka tidak pernah pula membenci kekurangan saya malah mereka tidak pernah pula meragui saya sebagai kawan mereka. selama hidup ni berlangsung dimuka bumi ALLAH ini mereka selalu menasihati saya memberi semangat menemani saya disetiap dugaan hidup yang saya lalui.. mereka anugerah teristimewa yang saya ada dalam hidup saya. datanglah siapa pun cuba memisahkan kami takkan pernah hati saya curiga untuk mempercayai mereka lebih dari segalanya. doa buat insan yang bergelar kawan a.k.a sahabat adalah doa yang paling ikhlas dari hati dan ALLAH itu maha mendengar dan maha tahu keikhlasan hati manusia. kami tidak selalu berhubung dan kami tidak pernah mengikat persahabatan dengan syarat tertentu, kami masing2 bebas dan kami masing2 ada kehidupan sendiri namun bila masa kami bersama kami yakin dan tahu siapa sahabat..




 bukan senang kita membaca hati setiap orang dalam hidup kita. mereka penuh dengan emosi dan penuh dengan sikap tersendiri. mengenali seorang manusia yang baik adalah melalui kemampuan mereka berada disisi kita waktu kita dilanda kesusahan. kawan waktu senang mudah dicari xpayah cari datang je serbu ramai waktu kita senang@waktu mereka susah tapi kawan masa kita susah payah dicari dan tidak mungkin menyerbu kita waktu kita susah begitu juga sebaliknya waktu mereka senang. sesungguhnya menilai lebih mudah dari merasai dan mengalami sendiri keadaan yang teramat berat untuk dilalui hidup disamping kawan yang tidak mempedulikan perasaan kita dan tidak mengendahkan kita saat kita benar2 terasa dengan sikap mereka. benarlah bahawa sahabat bukan boleh dibeli dengan nilai wang ringgit semata2. jadi perkongsian untuk entry kali ini adalah fikirkanlah apakah rupa sebenar kawan yang bersama anda sekarang....?
salam sayang dari cik orked di sini  , selamat menikmati petang anda dengan penuh hikmah.. bye.. (:



wassalam.... ;)


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur

Sunday, March 10, 2013

dugaan, sabar dan senyum

assalamualaikum w.b.t......



salam pagi dan salam kerinduan buat semua insan yang orked rindui..
huru hara dan dan cemas topik yang dilanda negara kita buat masa sekarang
namun semua itu tidak menghalang setiap manusia melalui kehidupan peribadi masing-masing 
same as ME! 
dugaan dan kehidupan suatu laluan kehidupan yang sebati dari segenap corong nyawa
kerana yang bernyawa pasti hidup dan punya cerita sendiri
dari situ jua lah terbitnya masalah dan penyelesaiannya
same goes ME!
terkadang penat tapi bila difikirkan apalah hidup ni 
tanpa erti perit tanpa erti sakit tanpa erti lelah kita takkan merasai erti bahagia erti tenang 
dan erti KEHIDUPAN!
terkadang dalam masalah yang membadai kita perlu ajar diri ni untuk senyum sebab
kekuatan sebuah senyuman mampu meluruhkan semua rasa negatif dalam diri
PERCAYALAH!! 
(hehehehe ala-ala lagu DATO' SITI kita) 
(^____~)





sedikit tambahan celoteh:
hari tu ada orang tanya mana datangnya nama orked la, cik nur lah, achik la, yane la 
banyak pulak panggilan yang ada kan??
oke begini orked adalah nama saya di alam maya (blog), 
cik nur adalah panggilan istimewa 
untuk orang istimewa dan bermakna dalam hidup (juga yang rapat dari hati ke hati)
achik panggilan dirumah dan keluarga
yane lak adalah panggilan diantara rakan-rakan semua



melalui pelbagai rintangan dalam hidup adalah kebiasaan buat kita semua
cuma jalan mencari penyelasaian adalah berbeza bagi setiap orang
komunikasi dan perbincangan serta meluahkan yang terbuku di hati 
mampu mengurangkan sedikit tekanan dalam jiwa setiap manusia
sejak sebulan lebih yang lalu episod baru dalam hidup bermula dengan seribu satu 
harapan baru dalam hati.. insya allah..
melalui hampir sebulan lebih tempoh praktikal dan masih berbaki 3 bulan lagi perjalanan
untuk menghabiskan waktu sebagai pelajar praktikum
namun tuhan saja yang tahu sangatlah tak sabar untuk menghabiskan tempoh ini
bosan dan penat bekerja adalah cabaran baru dalam hidup
on9 fb memang tak langsung dah (kalau boleh nak je deactive terus fb tu,hehe)
memang dh xde masa untuk semua tu
lagipun fb tu dah berbaki semua kenangan waktu belajar kt universiti
tunggu sajalah sambungan episod hidup seterusnya untuk dipenuhkan ruang kosong yang berbaki
di fb tu.. hehe tapi bukan sekarang.. sebab sekarang semuanya tergantung disitu 
sekarang diri sendiri sedang menyibukkan diri untuk masa hadapan
umur yang semakin meningkat, hari yang semakin bertambah, menambahkan 
fokus hidup yang perlu di rancang..
semua nya harus berjalan dengan penuh tertib dan penuh sabar..
usia abah yang semakin tua usia adik-adik yang semakin bertambah membuat otak penat
berfikir laluan kehidupan yang perlu dirancang dan dipenuhi dengan agenda hidup yang penting!
sesekali teringin juga merasai nikmat hidup tanpa kekalutan tanpa kepenatan
duduk bersenang lenang dan sangat bahagia tapi mustahil
sebab tak semua hal datang dengan mudah tanpa sedikit usaha tanpa rasa berat dan perit
EVERYTHING MUST BE HARD BUT WILL BE HEART!
(eh tetibe sakit perut lak! laparrr!! berat badan dah naik 5 kilo taw! wahh happy!)
tak sabar nak langsaikan hutang ptptn tak lama lagi sebab risau maut menjemput 
waktu diri ni masih tak mampu membayar semuanya, hutang wajib dibayarkan?? 
insya allah semoga ALLAH s.w.t mempermudahkan segalanya (:
sekarang tak banyak fikir benda lain 
selain kewajipan yang wajib sebagai seorang manusia dan muslim
benarlah kata orang pengalaman memberi pengertian buat hidup manusia, hehe
yang penting kita tahu melalui setiap dugaan yang datang..
ramai pulak orang datang kat kaunter zakat ni, kena stop dulu kat sini sebab kerja dah mula sibuk
[buat-buat sibuk je lahhhh (: ]
selamat pagi, salam sayang dari cik orked disini!! 






wassalam.... ;)


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur