Pages

Friday, July 30, 2021

Cinta'NYA' 🦋



Aku pernah menjadi FATIMAH,
yang mencintaimu dalam diam


Lalu aku memutuskan, 
untuk menjadi KHADIJAH
Yang menyatakan cintanya terlebih dahulu


Namun sayangnya aku lupa,
Bahawa kamu bukan MUHAMMAD 
Yang mampu menerima kekuranganku


Dan untuk waktu itu,
Aku memutuskan 
untuk menjadi ZULAIKHA


Yang memilih mengejar
Cinta'NYA' 🦋

Bonda 💌

Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya. Tapi mak saya cakap, "Biar anak yg sakit, jgn mak yg sakit". Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap mcm tu. Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yg mak saya cuba sampaikan. BIAR ANAK SAKIT, JGN MAK YG SAKIT. Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yg sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali. Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jgn risaukan anak belum makan. Sbb mak yg kena bertenaga. Jgn tunggu masa sesuai utk makan, sbb seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time. Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli utk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sgt nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jgn rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak² dimudahkan. Sbg mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yg sama, tugas yg sama, rutin yg sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu utk jadi sempurna utk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jgn paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yg diminta tiada yg peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak utk membantu. Moga mak² diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah swt & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sbg MAK. 

 #copypaste

Wednesday, October 11, 2017

Ibu Anak Dua Itu Bagaimana?


Assalamumalaikum wbt☺ 

Sebenarnya post ni bukan pasal ibu anak dua tapi lebih kepada maksud ibu yang anak lebih dari seorang. Fuhhh bukan sesuatu yang me'relax'kan lagi bila sudah lebih dari seorang. Even masa seorg pun rasa dah sedikit kekalutan dan kekangan masa untuk menyempurnakan tanggungjawab hakiki sebagai surirumah. Yepp kita ada 24jam tak kan lah kau tak sempat urus rumahtangga dengan sebaiknya lebih2 lagi bagi kau dan kau yang bergelar surirumah sepenuh masa sepertiku. Itu la kata2 isteri2 dan ibu2 yang tidak merasa berada ditempat seorang suri rumah sepenuh masa. Bila seorang ibu itu surirumah sepenuh masa perangai, tabiat dan sikap anak sedikit berbeza yer dari ibu2 surirumah yang bekerjaya. Lumrahnya begitu. Baru lah adil. Kalau la anak2 yg ibu surirumah sepenuh masa ni bersikap berdikari dan lebih matang sedikit seperti anak2 ibu2 surirumah yang keluar bekerja tu amatlah senang ibu2 surirumah sepenuhmasa ni dan memang akan ada banyak masa rehat lah. Tapi sememangnya keadaannya TIDAK begitu yer. Anak2 ibu surirumah sepenuh masa ni peringkat kematangan dan kendiri mereka lebih rendah sedikit. Bersikap lebih manja lebih mahukan perhatian dan ada saja lah akal nya supaya si ibu tidak akan duduk dengan senangnya. Penatnya pulak berganda bila anak itu lebih dari seorang ditambah jarak umur yang agak rapat. Tentang diri sendiri? Memang campak ke laut semua tu. Yang difikirkan cuma anak2. Stress, penat dan jemu hadap yang sama adalah perkara biasa dalam dilema permasalahan si suri rumahtangga sepenuh masa ni. 😄 Jadi bertabahlah hati. Rezeki dan pahala pasti menyusul buatmu ibu2 sekalian. Dicelahan masa yang dicemburui anak2 ni saya minta diri dahulu. ☺ Anak2 sudah melaungkan nama keramat si ibu. Adalah tu nak apa2 pula tu, haha. 



Belanja gambar waktu kedua2nya umur 3bulan. 😄

Wassalam 😉


n u r a s y r a n e e ibrahim | UmiQaseh&Qhalef