Sunday, November 25, 2012

some precious one



assalamualaikum w.b.t..


Semalam terjumpa satu video kahwin seorang wanita yang tersohor melalui blognya suatu ketika dahulu yang diangkat sebagai blog pilihan di malaysia.. video kahwin yang menyebabkan airmata ni menitis tanpa disedari. ok scene yang membuatkan orked menitiskan airmata adalah scene semasa lafaz sakinah antara beliau dan ibu beliau. sangat menyayat hati. tersedu-sedu dia baca lafaz tu. baru tahu begitu rupanya lafaz sakinah. tiba-tiba terfikir habis orang yang dah tiada ibu macam saya ni tak payah buat lafaz sakinah lah ek nanti? huhu no komen. takpelah sekarang cuma nak kongsi video menarik ni. harap semua orang manghayati part lafaz sakinah antara ibu dan anaknya nanti.




ya, irine nadia marcello atau fakhrine nadia binti hj abdul rahim.(boleh tekan nama dia kalau nak ke blog irine ni) majlis perkahwinan yang sederhana dan sangat sweet. mas kahwinnya pun tak mahal sangat taw.(nak tahu berapa tengoklah video ni,hehe) bagus pasangan dua orang ni. mereka kenal dari FB kata si amirul ni lah. irine pulak cakap perkenalan dan pertemuan yang mengikat mereka bersama ni berlaku dengan cepat dan pantas. alhamdulillah jodoh mereka. sebenarnya orked mula mengenali si adeq irine yang comel dan sweet ni dari blog abangnya aizul marcello.(boleh tekan kat nama dia kalau nak ke blog si aizul ni) entah macam mana boleh jumpa blog aizul dan mula mengenali insan kreatif ni pun orked tak pasti sangat(tapi rasanya orked tahu,biarlah rahsia hehehe) ushaa pi ushaa mai hah jumpa tentang irine ni masa si aizul post entry dekat blog dia tentang dia dan adiknya terpilih sebagai blog pilihan di malaysia.(apa entah nama contest tu dh lupa) kat situ lah bermulanya langkah mengenali dua beradik yang sangat sweet ni. irine memang seorang perempuan idaman semua lelaki tak mustahil nape hubby dia cepat-cepat pinang dia jadikan isteri. sangat cantik sangat baik dan you oll nak tahu tak suara irine sangatlah manja. tengok dan dengar suara irine dalam video di atas dan video kedua yang akan orked post kat bawah ni nanti. irine ni antara idola wanita-wanita diluar sana yang menamatkan zaman bujangnya pada usia sangat muda dan you want to know something yang sangat bertuahnya cik kak sorang ni apa tak? dia dah pregnant pun lepas hampir  4 bulan kahwin. alhamdulillah rezeki dan jodoh dia memang diberkati tuhan. kita doakan beliau dan suami bahagia selamanya, amin... jum tengok video majlis persandingan irine dan amirul pula.





sweet kan? diorang ni memang serasi taw. i wish i could know her closely. hehe berangan jelah kan.. lepas satu satu nak kenal orang, sapa lah orked kan. tak pelah kalau tak dapat mengenali pun mendoakan dia supaya dalam rahmat allah selalu. sapa tak nak rasa kahwin awal dapat jodoh yang baik dapat baby cepat lak tu semua yang diatur tuhan untuk dia sangat cantik. setiap ketentuan tuhan pasti ada hikmah kan. kita kena bersyukur walau apa pun ketentuan untuk kita pula. nak gosip sikit ley tak?? hehe nak tahu tak awek abang irine pun boleh tahan taw. lynda roslan, ha yes! lynda roslan yang berlakon dalam citer RAWAN tu. huhu sangatlah lawa. diorang dah bertunang beberapa bulan yang lalu. entah lah bila majlis kahwin beliau berdua pula. kita tunggu. hehe boleh buka blog aizul kalau nak tengok sapa awek dia taw. hehe setakat yang orked duk ushaa awek dia owner kot kat RADIUSITE web site butik muslimah(tudung macam-macam jenis ada habaq hangg!) silakanlah mengenali insan istimewa yang punya karakter positif ini.. hehehe sekurang-kurang jadikan semangat untuk kita pula meneruskan hidup kita tak salah kan? huhuhu  oke selit sikit lah kan tentang abang dia dan tunang abang dia. balik pada cerita asal pasal irine, memang sangat bahagia bergelar insan bernama irine ni taw. mak ayah lak sporting sangat bagi kahwin muda kalau mak ayah kita jenuh kena bebel kan.. hehe sebenarnya mak dan ayah masing-masing tahu kemampuan anak-anak mereka jadi betulkan diri berubah ke arah masa depan insya allah segalanya mudah dan dirahmati, amin.. oke lah korang mesti nak layan video-video kat atas ni kan. orked berhenti disini. wassalam.. 





“Mencari yang halal adalah fardu atas setiap muslim” 
(Riwayat Ibnu Abdil Bar dari Ibnu Mas’ud)




n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur

Saturday, November 24, 2012

❝my life, my intentions lillahita'ala❞



assalamualaikum w.b.t..



hujung minggu buat apa semua??
bagi orked hujung minggu sesuatu yang amat bosan(tapi memang tertunggu-tunggu dapat tido puas-puas hehe)
mana taknya duduk je menghadap laptop kalau tak assignment edit gambar
kalau tak dua-dua tu tengok cerita kalau tak jugak jenguk FB dan blog
sekarang musim semua kawan satu batch duk kalut pasal praktikum
semua dah mula bising-bising
antara soalan 'famous' yang mereka duk borak sesama mereka adalah
.
.
.
1) Dapat praktikum kat mana?
2) Dapat elaun ke tak?
3) Siapa penyelia praktikum setiap orang dapat?
4) Siapa dapat penyelia sama, kenal tak penyelia?

tu antaranya lah kan...
sama lah dengan saya pun..
sekarang ruang sangat sempit untuk isi banyak perkara yang nak difikir..
baru nak rasa macam mana nak handle banyak perkara dalam satu masa
tapi dalam tak cukup masa tu pun tido tetap cukup.. huhu
tanpa tido tiada lah erti rehat sebab bila ada masa rehat pun ada juga aktiviti sambilan
bermakna masa tido je waktu yang tak buat apa-apa
ni cerita tentang tido, malam tadi tido bermimpi jumpa farah lee
ala farah lee isteri ally iskandar tu.. yer dia juga seorang blogger
terserempak dalam mimpi dan dia sangatlah ramah
sampai kemimpi masuk impian nak jumpa farah lee tu
orked memang sangat menyenangi segala karakter farah lee tu
sopan, lembut, sederhana
dia wajar jadi idola para wanita
kalau nak tengok blog dia boleh tekan sini farah lee
insya allah nak jumpa dia suatu hari nanti luang masa mengenali insan istimewa ni
kita kalau tak mampu nak seistimewa orang sekurang-kurangnya kita menghargai keistimewaan orang lain 
sangat tak sangka boleh bermimpi terserempak bersalaman dan berkenalan 
malah bertukar alamat blog dengan dia
dalam mimpi saya dia seorang wanita yang seeloknya seperti mana yang orked gambarkan selama ni
sudah je mimpi tu tamat, bangun dengan sangat terkejut 
dan jam waktu tu dalam pukul 3 lebih, pagi buta awak oii!
sambung tido semula dengan harapan yang indah hehehe
tu lah kadang harapan kita walau tak tercapai jadi nyata ALLLAH s.w.t bagi juga walau bukan secara nyata
kehidupan memang banyak rencahnya kan
ni panjang lebar kat sini sebenarnya ada lagi assignment taw haha
sekadar merehatkan minda dari bebanan tugas seketika
sekarang kalau buka FB mesti ramai kawan-kawan dah ada ikatan
dah kahwin dah tunang dah pregnant dah bersalin dan dah tambah anak pun ada
diri sendiri entah bila lagi
belum waktunya mungkin untuk dikurniakan harta yang sangat bernilai dalam hidup tu
siapa-siapa pun kan akan berhajat memilki harta semahal tu kan
harta yang tak ternilai, harta dunia akhirat
satu ikatan suci yang sah dan dirahmati
seorang insan yang halal untuk didampingi
dan pelapis baru yang manyambung generasi kita
semua tu harta dunia akhirat
harta kurniaan ALLAH s.w.t untuk agamanya untuk hambanya
bukan senang melalui tempoh penting dalam kehidupan
mungkin sebab tu lah kesediaan diri sendiri dan ketentuan ALLAH s.w.t seiring
takdir adalah ketentuanNYA berdasarkan siapa kita, bagaimana kita terhadapNYA
ibarat satu kata-kata:

"my attitude not depends on who you are but
depends on how you are with me"  

macam tu jugaklah ALLAH s.w.t menentukan takdir kita 
sebab tu juga ada orang selalu guna kata-kata

"kita menentukan balasan tuhan terhadap kita, 
jangan mengharap balasan baik jika kita tidak berlaku baik"  

banyak lah lagi kata-kata pujangga ni..hehehe
yang boleh kita jadikan tauladan maka contohilah
yang harus dijadikan sempadan maka jauhilah
macam tu juga soal jodoh
doa saya disini agar semua kawan-kawan yang sudah mendirikan masjid(rumahtangga)
semoga rahmat ALLAH s.w.t sentiasa menaungi





yang penting kita sebagai hamba harus sentiasa melakukan yang terbaik sebagai hamba
terkadang kita tak sempurna kan, bukan kadang-kadanglah tapi banyak yang tak sempurna ni
biasalah manusia kan, apa pun kena sentiasa tegur menegur dan saling mngingatkan
rendahkanlah ego dan kepentingan diri saat kita terpaksa kur kita ada kekurangan
mungkin ada yang sudi membantu memperbaiki kekurangan kita
hanya diri sendiri perlu buang ego dan kepentingan diri sendiri semata-mata
insya allah, amin........
akhir kata,


"tinggikanlah pengetahuanmu setinggi bintang dilangit 
dipandang indah, bersinar menerangi seluruh alam
tapi
rendahkan dirimu serendah mutiara dilautan
walau didasar tetap diangkat keatas menjadi hiasan yang indah" 


wassalam... 


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur

Thursday, November 1, 2012

❝ menuju jalan kembali ❞

assalamualaikum w.b.t..

wah..... tajuk xley tahan ❝ menuju jalan kembali ❞ 
hehehe bukan ape pon..
maksudnyer kembali ke sekolah.. haha
kena p kelas lagi.. kena bangun awal pagi lagi..
hurmm xsuka sgtt..
sebab orked kuat tido.. (mengaku kelemahan diri)
xpe la.. disini tempatnya mencari masa hadapan..
disini tempatnya penentu rezeki..
menuntut ilmu itu satu jihad kan..
sabar je la walaupun sgt2 malas..
dgn malas blm tentu blh senang,dgn malas blm tentu blh kenyang..
dan dgn malas blm tentu blh bahagia..
kannnnn... (cewah ckp mcm something jerrkk)
ape pun dalam hidup ni kita perlu buat yang terbaik 
walaupun kita bukan asalnya dalam kalangan yang terbaik..
semua manusia dilahirkan asalnya kosong..
corak yang terbentuk bdsrkan plihan jalan hidup masing2.. hari ni.. dh balik semula ke UUM
hbs sudah cuti untuk ry haji..
fokus dialihkan kembali pada kuliah dan assignment2 yang bertimbun..
tergolek2 dtg tergedek2 minta disiapkan..
gedik sungguh sesuatu y bernama assignment..hahaha
bukan main lg melaram nak balik UUM
mcm nak g dinner..haha
tapi muka tak makeup sgt sebab tahu mata suka gatal2 nanti comot habis celak mata 



padahal nk angkut beg punya berat (isi botol budu 4 botol btl kicap saiz xxxl 1botol..hahaha)
pastu merangkak2 pulak naik ferri..
fuhhh punya ramai org hari ni naik feri..
sampai je atas jeti tiba2 sesak nafas..
dh mula panik..
nak minta tlg sape ats feri tu xkenal sape.. adoi.. istighfar pjg tadi..
dari p.pinang->btworth->a.setar->UUM
sepanjang perjalanan penuh dgn manusia berasak2 
menambahkan lagi tenat keadaan yang sedia sakit secara tiba2 tadi..haha
sampai je bilik alhamdulillah dh okay..
tgk je bilik yang dh dikemas rapi sebelum balik hari tu
wat jiwa jd tenang.. 
sebab tu beria nak kemas bilik sblm balik hr tu
sebab tahu keadaan bila sampai bilik memg penat..
mata kalau jamu dgn permandangan indah hilang sikit penat tu..
terima kasih kak long dan keluarga untuk cuti raya haji kali ni.. heee
emm jum2 nak rehat sekejap sebelum melangkah kaki ke tasik UUM..
tu lah hobi sejak menjadi penghuni UUM
kat tasik tu menyimpan segala cerita hidup ni..
tempat ms susah senang suka ataupun sedih... (walaupun tasik tu dh tak cantik..hehe)
thanx bg yang sudi menelaah blog ni sekejap.. 
wassalam... 


n u r a s y r a n e e ibrahim|ciknur