Pages

Friday, July 30, 2021

Cinta'NYA' 🦋



Aku pernah menjadi FATIMAH,
yang mencintaimu dalam diam


Lalu aku memutuskan, 
untuk menjadi KHADIJAH
Yang menyatakan cintanya terlebih dahulu


Namun sayangnya aku lupa,
Bahawa kamu bukan MUHAMMAD 
Yang mampu menerima kekuranganku


Dan untuk waktu itu,
Aku memutuskan 
untuk menjadi ZULAIKHA


Yang memilih mengejar
Cinta'NYA' 🦋

Bonda 💌

Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya. Tapi mak saya cakap, "Biar anak yg sakit, jgn mak yg sakit". Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap mcm tu. Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yg mak saya cuba sampaikan. BIAR ANAK SAKIT, JGN MAK YG SAKIT. Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yg sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali. Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jgn risaukan anak belum makan. Sbb mak yg kena bertenaga. Jgn tunggu masa sesuai utk makan, sbb seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time. Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli utk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sgt nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jgn rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak² dimudahkan. Sbg mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yg sama, tugas yg sama, rutin yg sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu utk jadi sempurna utk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jgn paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yg diminta tiada yg peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak utk membantu. Moga mak² diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah swt & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sbg MAK. 

 #copypaste