Pages

Thursday, June 7, 2012

ciri2 suami pilihan...

assalamualaikum w.b.t...

selesai sudah tiga kertas ujian untuk final
masih berbaki 4 kertas ujian
hati bersabarla walau diduga bermacam dugaan
walau didatangi pelbagai rasa yang pahit
sesungguhnya ciptaan allah yang paling misteri adalah HATI
percayalah bahawa hati seseorang manusia tersangat misteri
terkadang apa yang dipandang oleh mata kasar bukan 
dari hati yang sebenar...


setiap wanita/hawa/perempuan ada tahap kesabaran tersendiri
namun walau apa pun tahapnya mereka tetap makhluk yang penuh kasih sayang
tanpa kasih sayang wanita tak mampu hidup dan dia bersikap sebagai bukan seorang wanita
lelaki yang benar2 memahami tanggugjawabnya sahaja mengerti nilai sebuah 
kasih sayang dari wanita



pemilihan calon suami oleh seorang wanita terkadang dari fitrah apa yang mereka 
perlukan dari seorang lelaki bergelar suami
memang payah untuk memahami hati wanita jika lelaki itu belum bersedia menerima tanggungjawab
untuk menyayangi wanita dalam hidupnya, bermula dengan menyayangi ibu mereka sendiri 
adalah cabaran utama buat lelaki yang mula belajar mengenai wanita
terkadang marah wanita diluar kemahuannya, namun perkara paling payah untuk wanita
adalah meminta sebuah perpisahan begitu juga untuk menerima sebuah perpisahan
kerana bagi wanita bagaimanapun seorang lelaki kasih sayang mereka melebihi segala2nya
fahamilah wanita didalam hidup anda, hormatilah dia sebagaimana anda sedar bahawa suatu hari nanti
anda akan punya anak perempuan anda sendiri dan akan menjalani hidup bersama lelaki dalam hidupnya
jika anda tidak sanggup melihat darah daging anda dilukai dicaci dihina 
maka hormatilah jua seorang wanita dalam hidup anda yang merupakan darah daging ibu dan ayah mereka
berilah wanita hak yang sewajarnya untuk rasa disayangi dihormati dilindungi oleh anda



2 comments:

  1. thanks for sharing, same2 mencari untuk saham dunia dan akhirat...yang dapat memimpin kite..kan kak Long????

    i miss you!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerr along rindu awak jgk.. aminn moga doa termakbul yer deq~ ;)

      Delete